Seronok melihat couple2 remaja di sekolah-sekolah. Bertemu
di pondok menunggu bas, salam bersalaman sebelum masuk ke kelas dan sebelum
pulang ke rumah, ada yang berbasikal bersama-sama pergi dan balik sekolah,
makan bersama di kantin. Bahagia seolah-olah itulah cinta terakhir mereka.
Tapi sedar atau tidak antara mereka (remaja belasan tahun),
mengalami penderaan baik dari segi fizikal, emosi dan seksual. Gejala ini tidak
hanya melibatkan remaja perempuan, remaja lelaki juga turut menjadi mangsa.
Sebaya tetapi boleh menjadi mangsa dan pemangsa? Ya… Ia
disebabkan oleh perbezaan latar belakang. Yang mana mereka yang berasal dari latar
belakang yang kurang bernasib baik berkemungkinan menerima nasib yang lebih
teruk oleh pasangan mereka.
Seorang gadis remaja yang menjadi mangsa memberitahu, dia
pernah terlibat dalam hubungan cinta seawal usia 16 tahun.
“Ia merupakan cinta pertama saya. Saya tidak mengetahui contoh hubungan yang
normal. Dia mula mengawal saya terutama apabila kami tidak bersama dan mengawal
cara saya menggunakan wang”
“Dia turut menghalang saya untuk bertemu rakan-rakan, jadi
saya menjadi terasing. Dia juga sering mengejek saya gemuk, mengeluarkan
kata-kata kasar kepada saya termasuklah menampar saya.”
“Paling teruk adalah apabila saya tidak kuat untuk hidup
tanpanya.”
Ketaksuban mereka bercinta sehingga melupakan kekasaran yang mereka terima dari pasangan.
Mereka menganggap apa yang berlaku merupakan pengorbanan terhadap cinta mereka.
Semuda usia tersebut,pemikiran mereka tidak sematang orang dewasa,keupayaan
mereka juga terbatas. Hanya cinta menjadi kekuatan mereka.
Tetapi jika dibiarkan perkara ini akan membawa kepada
pemasalahan yang lebih teruk seperti tekanan perasaan dan gejala sosial lain
yang lebih berat.
Pemasalahan ini dikaji oleh Universiti Bristol dengan
kerjasama Persatuan Kebangsaan Penegahan
Penganiayaan Kanak-Kanak (NSPCC) mendapati pasangan sebaya ini berkecenderungan
dikasari oleh pasangan mereka yang lebih
bijak.
Separuh dari respondan (44 remaja lelaki dan 38 remaja
perempuan) mereka yang berusia antara13 hingga 18 tahun mengaku penderaan
fizikal, mental dan seksual adalah perkara biasa bagi mereka.
Walaupun kajian ini dilakukan di luar Negara (Unite
Kingdom), di Malaysia juga menghadapi keadaan ini. Ini dapat dilihat dalam
beberapa kes remaja hamil luar nikah,berdiam diri walaupun diperlakukan begitu.
Belum masuk cerita tentang gagal peperiksaan kerana kemaruk bercinta, lari dari
rumah, terlibat dalam Mat Rempit dan sebagainya.
Cinta bukan satu masalah, jangan kerana cinta sanggup di
seksa. Jadi kepada remaja diluar sana hiduplah dengan gembira,hayati kehidupan
remaja dengan ceria, jangan kusutkan kepala dengan perkara yang tidak
sepatutnya.
No comments:
Post a Comment