Friday, December 9, 2011

Esok Gerhana Bulan Penuh

Sesiapa yang belum pernah melihat gerhana bulan penuh, esok (10.12.2011) akan berlaku gerhana bulan penuh...

Kalau hari cerah pas maghrib esok, bolehla kita saksikan beramai2 tanda  kekuasaan Allah s.w.t yang unik dan indah.. Dijangka bayang2 Bumi akan menutupi Bulan pada jam 10:57 mlm..


Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30


Dah Open-Minded Sangat...

Susah jugak kalau da open-minded sangat....
Salah pun tak rase salah...

Dulu orang sibuk dok kata, kalau nak berjaya... kita mesti berfikiran terbuka... berfikir luar kotak.. kene bertindak secara luar biasa...

Dek kerana nak jadi terbaik, habis tak kenal pantang larang semua bedal... idea semua luar kotak tapi isi xde, konon nak nampak luar biasa... akhirnya yang biasa jadi luar biasa...

Camane ek???

Thursday, December 8, 2011

Gaji Naik Woooo....

Lepas je belanjawan 2012 di bentangkan bulan Oktober hari tu, macam2la cerita yang kluar...dalam banyak2 bajet yg dibentangkan pasal kenaikan gaji la yang paling ditunggu2.. lagi2 bagi mereka yg kerja kerajaan... 


JPA x umum pape lagi, tp cerita da mcm2 keluar.. Betol ke tak tunggu jer la...


Satu hari tu, ketika dok syok wat keje sambil ber chit chat ngn big bos,die pun bkak la cerita pasal skim baru ni... die cakap,akan wujud banyak prubahan melalui skim baru ni...


Aku yang xbrape pandai nak melayan ni pun dengar je la.. Lagi syok bila die kata, kenaikan gaji @ pangkat bergantung pada penilaian bos, kelayakan,pengalaman dan mutu kerja... Tapi markah tetap diisi oleh 'BOS'... Dia tambah,kerja bagus memang dapat markah baik, tapi kalau kerja bagus tp pandai ambil hati bos markah bertambah-tambah baik. 


Kalau betol camtu, nampaknye ramaila yg jadi tukang kipas... Al maklumla, multitasking.. sume mesti buat...


Tuesday, December 6, 2011

Hey Kawan... Ingat Sikit Eyh..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. 
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. 
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. 
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. 
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. 
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. 
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. 
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. 
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. 

TETAPI AWAS

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. 
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. 
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. 
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. 
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. 
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. 
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. 
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. 
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat. 

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. 
Semua nak tunjuk kuat. 
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. 
Tapi hidup pula yang melarat. 
Tali kasut dah tak berikat. 
Rambut pun jarang sikat. 

Yang perempuan, Pakai mini sekerat. 
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...) 
Suka sangat menunjukkan pusat. 
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. 
Pakai pulak yang singkat-singkat. 
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. 
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. 
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. 
Duduk jauh berkirim surat. 
Bila berjumpa, tangan berjabat. 
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. 
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. 
Usah peduli agama dan adat. 
Usah takut Allah dan malaikat. 
Yang penting apa kita nak buat? 
Kita 'bukti' lah kita buat. 
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. 
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. 
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. 

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. 
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. 
Habis manusia telah tersesat. 
Inilah dia fenomena masyarakat. 

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, 
Marilah kita pakat mengingat, 
Bahawa dunia hari ini makin singkat, 
Esok atau lusa mungkin kiamat, 
Sampai masa kita semua akan berangkat! . 
Berangkat menuju ke negeri akhirat. 

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. 
Masa tu, sendiri mau ingat. 

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...? 
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...? 
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...? 

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!! Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. 

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.)

Sunday, December 4, 2011

Idea Hantaran Pertunangan Budget

Pertunangan adalah istilah yang digunakan dalam masyarakat yang bererti bahawa seseorang telah terikat janji dengan orang lain dengan maksud untuk menikah dengannya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Apa pentingnya semasa pertunangan ini adalah:
1. Pemuafakatan mengenai persetujuan untuk berkahwin di antara dua-dua pihak.
2. Tempoh masa yang diperlukan untuk bernikah.
3. Wang hantaran atau apa2 hantaran yang diperlukan.

Tujuan asas dalam pertunangan ini adalah permuafakatan dan janji untuk berkahwin. Cara bagaimana untuk melaksanakannya terpulang kepada kedua-dua pihak. Ada yang membuat majlis kecil sahaja, ada pula besar besaran. Itu terpulang kepada bajet masing-masing. 

Kepada sesiapa yang nak bajet dalam membuat hantaran pertunangan ini ada satu idea. Boleh di gunakan untuk panduan.


HANTARAN PEREMPUAN KEPADA LELAKI


Barang : Songkok dan sejadah 
Kos: RM55

Barang: Wallet + Belt
Kos: RM89.00

Barang: Tshirt + Seluar Jeans
Kos: RM 109

Barang: Bunga rampai
Kos: RM27.00

Barang: Jam
Kos: RM200

Barang: Kek
Kos: RM 25.00est. (sponsor)

Barang: Sirih Junjung
Kos: RM 5

Barang: Buah + Coklat
Kos: RM50.00

 Barang: Set baju Melayu (utk Nikah)
Kos: RM 250

HANTARAN LELAKI KEPADA PEREMPUAN


Barang: Cincin
Kos: N/A

Barang: Sirih Junjung
Kos: N/A 

Barang: Telekung
Kos: RM50.00

Barang: Kasut + Beg + Jam
Kos: RM585

Barang: Sejadah
Kos; RM 25

Barang:  Potpuri
Kos: RM 30est.

Barang: Buah
Kos: RM50

Barang: Kek
Kos: RM45est.

Barang: Set baju nikah
Kos: RM 200




Total Kos hantaran lelaki n Perempuan = +- RM1600

Jom Tempah Baju Kurung Online Di Sini.

Saturday, December 3, 2011

Besela tuh...



Scandal di tempat kerja.. Biasa...
Scandal di tempat kerja dengan tunang orang... Biasa
Scandal di tempat kerja dengan laki orang... Biasa
Scandal di tempat kerja dengan bini orang... Biasa
Scandal di tempat kerja dengan client... Biasa
Scandal di tempat kerja antara bos dan staff....Biasa
Scandal di tempat kerja antara staff dengan staff... Biasa..
Scandal di tempat kerja hingga selepas kerja... Biasa..
Scandal blaa..bla...blaa... Biasa..Biasa...


Oleh sebab semua da jadi biasa, yang salah pun jadi betul... Yang betul lak jadi serba salah...

Friday, December 2, 2011

Couple Remaja Sebaya Cenderung Didera


Seronok melihat couple2 remaja di sekolah-sekolah. Bertemu di pondok menunggu bas, salam bersalaman sebelum masuk ke kelas dan sebelum pulang ke rumah, ada yang berbasikal bersama-sama pergi dan balik sekolah, makan bersama di kantin. Bahagia seolah-olah itulah cinta terakhir mereka.

Tapi sedar atau tidak antara mereka (remaja belasan tahun), mengalami penderaan baik dari segi fizikal, emosi dan seksual. Gejala ini tidak hanya melibatkan remaja perempuan, remaja lelaki juga turut menjadi mangsa.

Sebaya tetapi boleh menjadi mangsa dan pemangsa? Ya… Ia disebabkan oleh perbezaan latar belakang. Yang mana mereka yang berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik berkemungkinan menerima nasib yang lebih teruk oleh pasangan mereka.

Seorang gadis remaja yang menjadi mangsa memberitahu, dia pernah terlibat dalam hubungan cinta seawal usia 16 tahun.

“Ia merupakan cinta pertama saya.  Saya tidak mengetahui contoh hubungan yang normal. Dia mula mengawal saya terutama apabila kami tidak bersama dan mengawal cara saya menggunakan wang”

“Dia turut menghalang saya untuk bertemu rakan-rakan, jadi saya menjadi terasing. Dia juga sering mengejek saya gemuk, mengeluarkan kata-kata kasar kepada saya termasuklah menampar saya.”

“Paling teruk adalah apabila saya tidak kuat untuk hidup tanpanya.”

Ketaksuban mereka bercinta sehingga melupakan  kekasaran yang mereka terima dari pasangan. Mereka menganggap apa yang berlaku merupakan pengorbanan terhadap cinta mereka. Semuda usia tersebut,pemikiran mereka tidak sematang orang dewasa,keupayaan mereka juga terbatas. Hanya cinta menjadi kekuatan mereka.

Tetapi jika dibiarkan perkara ini akan membawa kepada pemasalahan yang lebih teruk seperti tekanan perasaan dan gejala sosial lain yang lebih berat.

Pemasalahan ini dikaji oleh Universiti Bristol dengan kerjasama  Persatuan Kebangsaan Penegahan Penganiayaan Kanak-Kanak (NSPCC) mendapati pasangan sebaya ini berkecenderungan dikasari oleh pasangan mereka yang lebih  bijak.

Separuh dari respondan (44 remaja lelaki dan 38 remaja perempuan) mereka yang berusia antara13 hingga 18 tahun mengaku penderaan fizikal, mental dan seksual adalah perkara biasa bagi mereka.

Walaupun kajian ini dilakukan di luar Negara (Unite Kingdom), di Malaysia juga menghadapi keadaan ini. Ini dapat dilihat dalam beberapa kes remaja hamil luar nikah,berdiam diri walaupun diperlakukan begitu. Belum masuk cerita tentang gagal peperiksaan kerana kemaruk bercinta, lari dari rumah, terlibat dalam Mat Rempit dan sebagainya.

Cinta bukan satu masalah, jangan kerana cinta sanggup di seksa. Jadi kepada remaja diluar sana hiduplah dengan gembira,hayati kehidupan remaja dengan ceria, jangan kusutkan kepala dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Thursday, December 1, 2011

Memberi Lebih Baik Dari Menerima, Menerima Lebih Baik Dari Meminta

Pernah dengar kan, tangan di atas lagi mulia dari tangan di bawah.. Maksudnya itulah, memberi lebih baik dari menerima. Frasa ‘menerima’ ni menggambarkan kita perlu menunggu untuk mendapat kan sesuatu.. Zaman skarang ni sapa yang sanggup menunggu ye tak… Mesti nak cepat je… 


 Lagi satu sape yang nak ‘memberi’ kalau tak de permintaan… Konsep memberi ni sama lah seolah2 kita bersedekah.. Sedekah ni pulak, boleh buat dan boleh jugak xbuat yang penting ikhlas.. budaya memberi ni da susah untuk dilaksanakan sekarang mungkin sebab ramai yang berfikir kekayaan dan kesenangan itu milik sendiri. Kan ramai orang kata, siapa yang berusaha dia yang akan dapat hasilnya. 


 Dek kerana da susah nak cari orang yang suka memberi ni,makanya kena lah meminta untuk menerima sesuatu.. Betul, kadang2 kita kena meminta untuk dapatkan sesuatu sebab kalau tak minta memang tak dapat. 


 Masalahnye sekarang ni, tabiat suka meminta .. Persoalannya sekarang senang ke nak meminta sesuatu dari kita sesame manusia…??.. Pernah tak anda mengalami antara rakan2 anda yang suka meminta atau anda sendiri suka meminta? Meminta yang macam nama saya maksudkan? Meminta untuk sesuatu yang mampu untuk kita buat sendiri sehingga terpaksa menyusahkan orang yang memberi.. Macam dalam cerita kongkang.. Penah dengar tak korang? Tak pernah klik sini… 




Situasi 1: A ada 1 kerja yang perlu disiapkan segera .. B ada banyak kerja tetapi takde la urgent sangat. Jadi A pun datangla mintak tolong kat B.. B sanggup tolong A, jd A pun serahla kerja tu kat B… B buat punye buat sampaila siap kerja tersebut on time.. Senangla hati si A ni tadi.. yang kesian si B, sbb dia ada kerja lagi kena buat lepas tu.. A da boleh rileks… 


 Situasi 2: X dan Y satu pejabat.. Gaji mereka akan di terima pada setiap awal bulan… Y seorang yang pandai bajet.. Dia perlu membelanjakan wangnya sebaik2nya untuk sampai ke awal bulan semula.. Si X tidak kisah berbelanja apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.. Pada satu hari (pertengahan bulan), X dan Y pergila bershopping bersama2, Y membeli hanya barang2 yang perlu sahaja , X seperti biasa berbelanja mengikut nafsunya… tiba di kaunter, X tidak cukup duit untuk membayar barang2nya, dia meminta Y untuk menolongnya membayar barang2 tersebut, nak tak nak Y pun tolonglah… Jadi tergunala duit perbelanjaan Y yang cukup2 untuk ke awal bulan tu… Terpaksala Y ikat perut semata2 untuk menolong kawannya… 


 Pernah tak anda alami situasi tersebut..kalau anda yang alami..ape yang anda akan rase?? 


Saya petik kata-kata dari Pendita Za’aba “Orang yang membiasakan diri meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah.” 


Renung-renungkan… :)

Tuesday, November 29, 2011

Smile Is Cure Nak Kahwin

Salam Semua...

Start hari ini dan seterusnya  Smile Is cure nak share cerita kahwin ni... Ahaha.. Yupp... Smile Is Cure nak kawen da... InsyaAllah

Bukan ape, sekurang2nya dapat membantu bakal2 mempelai utk membuat persiapan jugak berdasarkan cerita saya ni... Yang baik boleh diikut,yang tak baik tu boleh ditinggalkan... Wat pedoman bersama..hehe...

Dalam masa yang sama memerlukan pandangan dan pendapat from my invisible friends jgk...

Sharing Is Caring....
Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 22, 2011

4 Bulan Sebelum Kahwin

Tak sabar nak melalui hari tu... Bunyi cam gatal lak kan..? hehe...  Xsabar da nak menghadapi dugaan bertunang ni lama2... Betul2  banyak dugaannya..


Tapi nak kawen tak ready lagi ni... Ape nak wat dulu ek?? Tolong...tolong.....






Saturday, November 19, 2011

Cerita Kongkang

Korang tau tak kongkang ni ape? Kongkang ni kiranya cam monyet jugak pandai panjat pokok. Tengok gambar ni…


Pada zaman dahulu, kongkang ni dikira macam seekor haiwan yang baik hati dan paling comel di antara kaum kerabat dan geng-gengnya seperti monyet,kera,beruk,chipanzi dan seumpamanya. Dulu kongkang ni berekor panjang macam kartun marsupilami tu.

Jadi pada suatu hari tu,geng-geng kongkang ni cam kera,monyet, chipanzi, orang utan buat satu pertandingan ratu cantik. Syarat2 untuk menjadi pemenang perlu berwajah chomel, susuk tubuh menarik  dan berekor panjang. Jurinya pula sudah tentulah sang kancil yang bijaksana.

Maka berjalanlah pertandingan tersebut. Kongkang Berjaya menjadi juara. Ini mendatangkan kejelesan kepada peserta yang lain. Memandangkan perangai kawan-kawan kongkang ni tak tahu malu jadi mereka menyuarakan perasaan jelesnya kepada kongkang.

Ala..u memangla boleh jadi juara sebab ekor u panjang, kalau ikutkan I ni lagi sesuai jadi juara memandangkan badan I yang seksi dan solid ni.” Ujar Chipanzi.
Cuba U all tgk I pulak. Ape kurangnya I ni,muka I ni ada iras-iras Kak Limah yang kita curi buah rambutannya tu. Kak limah tu menten je jadi juara ratu kebaya kat kampong die tiap2 tahun, takkan la aku tak layak..?” tambah Orang Utan pulak.
Kang (nama timbangan untuk kongkang), u menang sebab ekor u jer.. Cube u sharekan ekor u yang panjang tu dengan we all. Barula adil. Next year baru tau sapa yang betol2 ratu” kata si Kera pula.

Kongkang yang baik hati ni pun bersetujula dengan cadangan rakanya tu.. Maka dia pun bagi la sorang sikit ekor die tu.. Kera dpt sejengkal,monyet dapat sejengkal,Orang utan sejengkal, semua dapat sejengkal… bila semua da dapat diorang pun balik…  Kongkang pun balek..

Sampai kt umah, kongkang pun berdiri di depan cermin.. Alangkah terkejutnya die,bila die tgk die sendiri da takde ekor langsung….

Keesokan harinya die pergi la lepak dengan kawan2nya kat pokok rambutan Kak Limah..  Geng2 dia pun pakat gelakkan kongkang.. Di sebabkan malu dan jauh hati kongkang pun masukla dalam hutan banat… Menjauhkan dari kawan2nya.. Sebab tu la kongkang ni jarang dilihat kt mana2…

Fikirkanlah moralnya dalam kehidupan kita...=)

  Jom Pakai Baju Kurung. Tempah Online pun Boleh.. KLIK SINI

Friday, November 18, 2011

Berita Harian Online | Piranha gigit 15 perenang

Berita Harian Online | Piranha gigit 15 perenang

Spesies maging mengganas di Brazil

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.
Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.
“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi

Hantu vs Kiamat


"Pada suatu hari Husin (hero dalam Hantu Kak Limah) pulang ke kampung halaman nya,i.e Kampung Pisang. Husin menggunakan khidmat Bumble Bee untuk menghantarnya pulang. Untuk pulang ke kampung dia terpaksa melalui Jalan Karak lama yang sunyi dan seram. Setibanya di kampung,  Pak Jabit  menceritakan kampung mereka akan di musnahkan oleh makhluk asing jika mereka tidak bekerja sama dengan makhluk asing ini…

Dapatkah Husin menyelamatkan Kampung Pisang? Siapakah yang akan membantu Husin? Adakah budak hijau berkepala botak a.k.a toyol? Atau X-men? Atau  gadis cantik yg telah mati ketika membonceng motor bersama Mat Rempit? Atau geng robot yang boleh berkata2? Nantikan kemunculan filem ini ye…"


Haha..tu cerita kalau saya lah pengarahnya.. Perasan x korang sejak dua menjak ni filem kat Malaysia banyak menayangkan cerita seram,misteri atau dalam bahasa senangnye cter hantu… Tambahan pulak sekarang ni cerita hantu da ade unsur2 lawak, bertambah-tambahla cerita hantu kt wayang…ade seram thriller la,seram komedi, seram ganas, seram misteri,seram fiction, seram romantic(ade ker)…

Yang menjadi penggalak kepada lambakan cerita camni kerana boleh dikatakan kebanyakan filem seram ni membawa pulangan yang banyak pada pengusaha filem… Jadi filem box office lak tu.. Macam cerita Khurafat, Ngangkung, Hantu Kak Limah, Hantu Bonceng dan macam-macam lagila..

Berbeza pula ceritanya dengan filem luar Negara terutamanya cerita omputeh… Kalau korang perasan sekarang ni banyak filem diorg berkaitan dengan dunia nak hancurla,alien nk jajah bumi la pendek cerita mcm cerita hari kiamat gitu (Wallahua’lam)… Macam je, sebab pembuat filem tu org barat yang agamanya kita tak tahu… Tapi yang bestnya idea diorg ni tentang perkara2 luar jangka ni sangat hebat..

Ape persamaan antara cerita mereka ni? Dua2nya menceritakan tentang perkara ghaib…  Orang kita menceritakan perkara ghaib yang agak modern less, sorry to say membawa kepada kemunduran fikiran dan membawa kita berfikir seperti zaman dahulu kala.. Ia membawa kita kembali percaya kepada kewujudan ritual pemujaan dan kepercayaan terhadap animism seperti wujudnya semangat2 jahat dan sebagainya.  

Berbeza pula dengan cerita luar Negara yang lebih membawa idea ke hadapan dalam filem2 mereka. Walaupun pada dasarnya seolah2 tidak logik,tetapi  secara kebetulannya idea mereka itu merangsang kita berfikir tentang kelogikan cerita tersebut.. Sekarang mereka lebih lantang dan berani membuat cerita sehingga bermain fakta dan sejarah…  Sebagai contoh cerita 2012, Battle L.A World Invasion, Transformers dan Immortal dan banyak lagi..

Percaya atau tak tahun hadapan filem Malaysia akan ade lambakan cerita seram, dan filem luar Negara pula banyaknye cerita science fiction tentang kerosakan dan kehancuran dunia… inilah fenomena industri perfileman negara dan luar negara sekarang mengikut kaca mata caya... Pape pun,terpulang pada diri sendiri… Dalam keburukan, ada kebaikan…

Cerita ape nak kuar tahun depan…? Tunggu entry seterusnya…

P/S: Entry ni bukan untuk mengutuk mengata atau bersikap skeptical terhadap filem2 kita mahupun luar Negara sebab saya memang peminat dua2 genre file ni…=)

Wednesday, November 16, 2011

Aku Nak Jadi Bos Jugak


Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Jadi Bos Boleh Marah Suke Hati....

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Jadi Bos Boleh Suruh Orang Buat Kerja Suke Hati....

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Jadi Bos Boleh Makan Percuma Sedap2 Kat Tempat Mahal Dan Ada Orang Hidangkan....

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Kalau Buat Salah Boleh Salahkan Staff Tak Tau Buat Kerja...

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Opis Aku Cantik,Kerusi Empuk Meja Besar Walaupun Hanya Sekeping Kertas Kat Atas Meja....

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Kerja Aku Boleh Pass Kat Pekerja Aku Untuk Selesaikan...

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Aku Boleh Suruh Pekerja Aku Cari Idea Best2, Dalam Mesyuarat Nanti Aku Yang Dapat Nama...

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Kalau Aku Duduk Goyang Kaki Orang Lain Akan Anggap Aku Tengah Brainstorming...

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Aku Boleh Guna Driver, Gune Kereta Besar, Dapat Rumah Besar Yang Di Sponsor Syarikat....

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Semua Orang Berlumba-Lumba Nak Dekat Ngan Aku, Nak Tolong  Aku Walaupun Aku Tak Mintak Semua Tu....

Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Aku Boleh Buat Suke Hati Aku Sebab Aku La Bos.......huahuahua....^_^

Berbulan Tanpa Berita


Salam buat semua yang sudi singgah ke blog sy... Terima Kasih banyak-banyak diucapkan kepada anda semua..

Sedih sebenarnya bila diri sendiri pun tak jenguk blog sendiri…  Kenapa? Ahh… Soalan ‘kenapa’ hanya membuat semua orang mencari alasan…

Teringat pulak kes my LOVELY bos,dia memang tak suka orang yang banyak alasan… Tapi kalau bos tanya ‘kenapa’ secara logik dan spontannya kita akan bagi alasan… Jadi kalau anda di tempat tersebut ape yang anda akan buat?????

Wednesday, June 1, 2011

Jangan Pening-Pening

Hati tengah gelisah ni.. Camane nak rileks ek?  Tengah dok bace2 emel, terjumpa emel ni.. Jom baca bersama.. Semoga jadi panduan yg berguna..


7 Asas Memupuk Fikiran POSITIF
 
1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!!

Tuesday, May 17, 2011

Tandatangan Menggambarkan Anda...

Orang kata tulisan menggambar keperibadian. Sejauh mana kebenaran tu saya tak pasti. So hari ni nak kongsi ngan kawan2 tentang sign @ tandatangan. Ada maksud jugak tau. Pe kate korang cek, boleh jugak describe bos korang puye sign skali, sekurang2nye boleh taula perangai bos kita sebenarnye camane…

pen bergerak

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan 
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.


2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. Mudah bertukar pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.


3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.


4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kedekut.


5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan 
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.


6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan 
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berpikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. Golongan ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.


7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung 
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.


8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama 
Mereka sangat baik hati dan bisa menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.




Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...