Tuesday, November 23, 2010

Bila Nak Kawen Ni?



Kawan da lame, dari mase sekolah lagi. Dulu kau bukan main lagi kutuk aku, ejek-ejek aku. Bila aku nak duduk kau tarik kerusi aku, bila time PJK kau sorok beg aku. Tapi sekarang orang yang kau ejek-ejek tu la jadi awek kau. Padan muka kau.


Sebenarnya dulu aq memang benci kau. Kalau boleh kalau datang sekolah tu tanak jumpa muka kau. Bila kau buang sampah rata-rata nak aje aku tulis nama kau pastu bagi kat cikgu disiplin. Biar kau rase kene marah ngan ciku, baru terbalas dendam aku bila kau ejek-ejek aku. Tapi sekarang bila tak nampak kau, aku pulak yang rindu. Adesh, padan muka aku balik.


Abes sekolah kau da keje. Aku tak tau la ko keje ape. Ape aku kisah, kau bukan sedara aku. Pastu kau beli motor. Pergh..bergaya la konon ngan motor baru kau tu walaupun second hand. Al maklumla kau da kerja. Aku pinjam moto bapak ku jer nak kemane-mane. Nak ke bandar pun naik bas lagi berhimpit-himpit dengan Indon, Bangla pesume.


Aku pulak pas abes sekolah, sambung belajar. Konon-konon nak belajar sampai menara gading. Tapi tak sempat sampai pun, sampai Alor Gajah jer....Kesian aku.


Tak sangka diam tak diam kita da selalu berhubung. Tapi kita tetap dengan haluan sendiri. Kau pun da ramai girlfriend kot. Aku pun ramai boyfriend, tp aku tak sempat nak feeling2, tak mau terlibat dengan cintan cintun ni mase aku tengah study sebab aku nak fokus study. Study, study, study sampai la aku boring..


Kau mesti tak boring cam akukan? Ape tak nye jadi mat rempit da kau. Nasib baik kau excident, kalau tak mesti kau jadi mat rempit tegari. Kesian kau kene tinggal dalam wad lama2. Tapi kau suka kan? Ramai nurse-nurse cantikkan? 


Masa akau tau kau excident aku rasa takut sangat. Takut jadi pape kat kau. Hari-hari aku jenguk kau kat spital. Haish...baiknye la aku ni.. Dalam sakit-sakit tu pun  kau sempat perli aku kan? Kau ingat aku datang melawat kau hari-hari tu sebab aku sayang kau ker? Eeee...tolong la. 


Kehidupan kita berjalan seperti biasa kembali. KAu dengan hal kau, dan aku dengan hal aku. Sehinggalah di semester terakhir, kau meluahkan rasa kat aku. Kau sayang aku? Kau cinta aku? Betul ker ni? Susah aku nak percaya. Berjam-jam kau explain kat aku tentang perasaan kau sampai penat aku pikir hal tu. Camana dengan azam aku tu..? Dalam masa yang sama aku da mula sayang kau, sejak bila? Ntahla....


Interlocking Heart Stainless Steel Puzzle Pendant 14K White Gold Round Diamond Men & Women's Couple Wedding Ring Band 2 Pieces Set (1/16 ctw., GH Color, SI Clarity) M+Y STEEL Love Puzzle Couples Pendant
Keputusannya, KITA COUPLE sehingga lah sekarang. Bahagia? Mestila... 


Da tiga tahun kita bersama. Macam-macam da kita lalui sebagai couple. Daripada aku tak belajar, aku da kerja, daripada naik motor buruk da jadi 125z, daripada naik bas da berkereta. Hujan panas, pasang surut kita da lalui. Parent kau kenal aku, parent aku kenal kau?


 So, BILA NAK KAWEN NI?




3 comments:

Norizwan said...

Jika adik sudah capai cita-cita adik, sudah masanya adik berkahwin kan. adik berpegang pada jodoh...penemuan biar tuhan yang tentukan... Berkawan sudah 3 tahun..berkahwin lah segera jika dah suka sama suka...InsyaAllah...:-)

Kak Wan Kamsiah said...

dtg dari blog BA...dah follow...nanti adik follow akak balik kat:http://mykamsiah.blogspot.com/ & http://ayahbob.blogspot.com/

ct said...

Norizwan: thnx bro. doakan lah dipermudahkan jalan tu

Kak Wan Kamsiah: Thanx singgah, saya akan follow,,,:)

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...