Monday, September 1, 2014

Mulakan Langkah Pertama Dengan Bismillah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Semua,

Bila difikirkan macamana masa kita kecil2 dahulu semasa mula belajar melangkah? Betapa sukarnya mencipta langkah, belajar meniarap dahulu, merangkak, bangun jatuh lagi.. Tetapi semua kerja dan ilham dari-Nya dari tak tahu kepada tahu.

Begitu juga dalam kehidupan, semuanya bermula dengan satu langkah pertama. Langkah pertama itu lah yang akan membawa kita ke destinasi yang kita mahu kan.

Rasa takut-takut, risau untuk mencipta langkah membuatkan kita gagal untuk mencipta langkah pertama. Kebanyakannya kita berfikir yang negatif, fikir kegagalan, fikir yang buruk-buruk sebelum membuat sesuatu. Kerana itulah kita gagal membuat langkah pertama.

Namun begitu, tidaklah bermaksud kita tidak perlu membuat sesuatu perkara tanpa berfikir baik dan buruknya, cuma jangan jadikan itu satu alasan untuk mencipta langkah.

Seperti kata Martin Lurther King Jr. 'Take the first step in faith. You don't have to see the whole staircase, just take the first step.'



Saya teringat pula kata-kata nasihat  cikgu kenegaraan saya semasa di PLKN Princess Haliza, Sepang tahun 2005, 'Mulakan langkah dengan Bismillah, jaga sepatumu jangan sampai terkoyak atau terpalit lumpur'. Mendalam maksudnya. Fikir2kanlah dan selamat beramal..=)

Saya pun seperti orang lain, banyak berfikir sebelum membuat sesuatu perkara. Itu yang membuatkan saya lambat bertindak.

Hari ni (29.8.2014) saya cuba gagahkan dan kuatkan diri untuk memulakan langkah tersebut. Semoga dengan keberkatan hari Penghulu segala hari, hari Jumaat yang penuh barakah langkah yang dimulakan pada hari ini membuahkan hasil yang baik.

Semoga terus isitqomah dalam usaha untuk berjaya. InsyaAllah..Amin..



Monday, August 11, 2014

Broadband Rosak

Bila ada semangat nak buat kerja,broadband pulak rosak..
Tak dapat di pastikan rosak tang mane..boleh connect,dapat signal,tp bila buka Internet dia cakap Internet Explorer canot display the website, Modzilla pulak cakap The connection was reset, Google Chrome cakap No data recieve.
Da try jugak troubleshoot,tp xdapat detect masalah ape..
Cuba bukak internet guna wifi boleh pulak..
Mungkinkah itu tanda2 modem broadband sy rosak..
Kalau modem tu rosak boleh dibaiki ke?hehe..beratnye nk beli baru lagi2 time pas raye ni..adesh..
Sesape ade pengalaman boleh tlong x??
Nasib baik ade aplikasi Blogger for Andoid..

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014, Syawwal 1435H

SYAWWAL 10, 1435H bersamaan Ogos 6,2014

DENGAN RENDAH DIRI, UCAPAN SEIKHLAS HATI SAYA DAN SEISI KELUARGA MEMOHON MAAF KEPADA SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI DAN  PELAWAT-PELAWAT BLOG ATAS SEGALA KEKHILAFAN DAN KEKURANGAN KAMI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. 

HARI RAYA MASAK KETUPAT,
BUAT RENDANG DAGING SEKATI,
NAK WISH RAYA MEMANG DA LAMBAT,
TAPI KALIAN TETAP DI HATI

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARI:-
TUAN PUNYA BLOG
(SITI AMINAH BINTI YAHYA)

BAJU RAYA KITEE
RAYA2 PUN NAK PROMOTE JUGAK, BAJU RAYA EN.SOMI MADE BY ME..
ALHAMDULILLAH SEDAP DIPAKAI KATENYE..

#BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
#BAJU MELAYU SUAMI
#BAJU MELAYU MADE BY ME
#BAJU RAYA PURPLE

Tempah Baju Raya Online kat SINI.

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...