Apa bezanya kerja kerajaan ngan kerja swasta? Hmm....Boleh dikatakan banyak juga bezanya. Skop kerja, kemudahan seperti cuti, perubatan, elaun2 dan macam2 lagi. Jadi saya nak kongsikan dengan anda tentang beza kerja government ngan swasta ni mengikut kaca mata saya.
Secara kasarnya ramai yang ingin bekerja dengan kerajaan kerana kestabilan kewangan selain skim berpencen yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi semasa yang boleh dikatakan masih terumbang ambing sektor kerajaan merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan kita dari dibuang kerja atau tidak mempunyai apa-apa income suatu masa nanti. Tidak dinafikan ada juga syarikat-syarikat swasta mempunyai kewangan yang stabil dek kerana suntikan modalnya yang tinggi, dan mempunyai cawangan dan anak syarikat yang banyak. Bekerja di syarikat sebegini juga dapat menjamin masa depan.
Jadual di bawah ni menunjukkan perbezaan kerja kerajaan ngan swasta.
* Di atas hanyalah bayangan kasar yang mungkin tidak terjadi lagi di mana-mana tempat. Peace!!
Perbezaan di atas ni mengikut kaca mata saya dan sedikit pengalaman peribadi dan kawan-kawan.Jika anda berminat berkerja dengan kerajaan, janganla takut dengan kelemahan yang dinyatakan kerana tidak semua jabatan akan merasa keburukan tersebut begitu juga dengan sebaliknya.
Sektor kerajaan kini sedang mengalami transformasi seperti saranan PM kita. Banyak pembaharuan dari macam-macam segi seperti tempat kerja, kelebihan-kelebihan untuk pekerja, cara kerja termasuk mentaliti penjawat awam sendiri. Perubahan ini secara tak langsung membawa imej sektor awam lebih berdaya saing berbanding sebelumnya.
Begitu juga halnya dengan sektor swasta, yang mana kebanyakkan dari mereka telah memberikan kemudahan-kemudahan seperti penjawat amam terima. Antaranya cuti tahunan, elaun-elaun tambahan, kemudahan pinjaman, caruman KWSP dsb. Ada syarikat swasta yang menawarkan peluang kerja dengan kemudahan dan kelebihan yang lebih masyuk daripada kerja kerajaan sekarang ini. Cuma kestabilan untuk jangka masa panjang yang menjadi tanda tanya.
Jika anda perasan orientasi keuntungan syarikat saya letakkan di kedua-dua kolum kelebihan dan kelemahan kerja swasta. Kebaikannya adalah ia menggalakan pekerjanya lebih berdaya saing, maju, cekap dalam memastikan keuntungan syarikat. Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak kepada pekerjanya. Sebaliknya, jika pekerja-pekerjanya kurang berdaya saing maka syarikat tersebut bakal mempunyai masalah pada masa hadapan.
Kesimpulannya,keseronokan berkerja ada di mana-mana. Walaupun anda bekerja di sektor awam mahupun swasta kerana ianya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting di mana juga kita berkerja, buatlah yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.
P/S: Cari pengalaman dengan bekerja swasta, cari kestabilan dengan bekerja kerajaan.
Harus Pakai Baju Kurung ketika interview kerja kerajaan dan 1 advantage ketika interview kerja swasta. Jom tempah Baju Kurung Di Sini.
Secara kasarnya ramai yang ingin bekerja dengan kerajaan kerana kestabilan kewangan selain skim berpencen yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi semasa yang boleh dikatakan masih terumbang ambing sektor kerajaan merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan kita dari dibuang kerja atau tidak mempunyai apa-apa income suatu masa nanti. Tidak dinafikan ada juga syarikat-syarikat swasta mempunyai kewangan yang stabil dek kerana suntikan modalnya yang tinggi, dan mempunyai cawangan dan anak syarikat yang banyak. Bekerja di syarikat sebegini juga dapat menjamin masa depan.
Jadual di bawah ni menunjukkan perbezaan kerja kerajaan ngan swasta.
Kerja Kerajaan
|
Kerja Swasta
| ||
Kebaikan
|
Kelemahan
|
Kebaikan
|
Kelemahan
|
· Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
· Kenaikan gaji setiap tahun
· Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
· Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
· Caruman KWSP atau pencen
· Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
· Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
· Kestabilan ekonomi sendiri
· Potensi dibuang kerja amat tipis
· Kerja yang lebih tenang dan selesa
|
· Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
· Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
· Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
· Gaji pokok yang kecil
· Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
. Posting jauh dari tempat tinggal |
· Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
· Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
· Gaji pokok yang tinggi
· Berorientasikan keuntungan syarikat
· Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
· Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa di mengikut kelayakan
· Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
. Ruang kerja yang kondusif |
· Potensi dibuang kerja tinggi
· Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
· Masa depan tidak terjamin
. Boleh pilih kerja |
Perbezaan di atas ni mengikut kaca mata saya dan sedikit pengalaman peribadi dan kawan-kawan.Jika anda berminat berkerja dengan kerajaan, janganla takut dengan kelemahan yang dinyatakan kerana tidak semua jabatan akan merasa keburukan tersebut begitu juga dengan sebaliknya.
Sektor kerajaan kini sedang mengalami transformasi seperti saranan PM kita. Banyak pembaharuan dari macam-macam segi seperti tempat kerja, kelebihan-kelebihan untuk pekerja, cara kerja termasuk mentaliti penjawat awam sendiri. Perubahan ini secara tak langsung membawa imej sektor awam lebih berdaya saing berbanding sebelumnya.
Begitu juga halnya dengan sektor swasta, yang mana kebanyakkan dari mereka telah memberikan kemudahan-kemudahan seperti penjawat amam terima. Antaranya cuti tahunan, elaun-elaun tambahan, kemudahan pinjaman, caruman KWSP dsb. Ada syarikat swasta yang menawarkan peluang kerja dengan kemudahan dan kelebihan yang lebih masyuk daripada kerja kerajaan sekarang ini. Cuma kestabilan untuk jangka masa panjang yang menjadi tanda tanya.
Jika anda perasan orientasi keuntungan syarikat saya letakkan di kedua-dua kolum kelebihan dan kelemahan kerja swasta. Kebaikannya adalah ia menggalakan pekerjanya lebih berdaya saing, maju, cekap dalam memastikan keuntungan syarikat. Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak kepada pekerjanya. Sebaliknya, jika pekerja-pekerjanya kurang berdaya saing maka syarikat tersebut bakal mempunyai masalah pada masa hadapan.
Kesimpulannya,keseronokan berkerja ada di mana-mana. Walaupun anda bekerja di sektor awam mahupun swasta kerana ianya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting di mana juga kita berkerja, buatlah yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.
P/S: Cari pengalaman dengan bekerja swasta, cari kestabilan dengan bekerja kerajaan.
Harus Pakai Baju Kurung ketika interview kerja kerajaan dan 1 advantage ketika interview kerja swasta. Jom tempah Baju Kurung Di Sini.
4 comments:
Saya kerja kat sektor kerajaan, memang banyak lah kelebihannya... senang nak buat pinjaman, and senang juga untuk di isytihar muflis..huhu..
sama la kita bel...kerajaan memang benefit nya tinggi...swasta nya kureng....
Betol tu...kerja kerajaan banyak keistimewaan seolah2 kita duduk di bawah payung yang besar.... =)
setuju dengan entri ni. mohon copy table yer :D
Post a Comment