Friday, November 19, 2010

Tulang Rapuh...Ahhh tidak......

Pernah anda terfikir tentang kesihatan tulang anda? Pernahkah anda pergi periksa tulang anda?Tentu tidakkan? Kalau ya, bagusla. Sekurang-kurangnya kita tahu keadaan tulang kita.

Saya sendiri tak pernah terfikir tentang hal tu, sehinggalah tadi ketika window shopping, ada promoter Anlene yang sedang buat promosi serta menawarkan pemeriksaan tulang secara percuma. So, saya pun pergi. Keputusannya amat mengejutkan, kesihatan tulang saya di tahap risiko sederhana. 

Itu tak sepatutnya berlaku bagi mereka yang berumur di awal 20-an. Dalam penerangan ringkas dari promoter tersebut, punca tulang saya menjadi begitu adalah kerana saya peminat minuman berkafien seperti kopi dan teh.

Nasihatnya, had kan minuman berkafien di samping pengambilan susu berkalsium tinggi seperti Anlene(ceh...promote lak). Untuk hasil yang berkesan, jarak antara pengambilan susu dan minuman berkafien adalah selama 3 jam. Ini memastikan penyerapan kalsium berlaku.

Untuk memastikan tulang kita sihat amalkan:
  • Senaman- Amalkan senaman seperti berjalan, berlari, melompat tali,aerobik, menari untuk menjadikan tulang semakin kuat.
  • Elakkan merokok.
  • Jangan mengambil alkohol
  • Kurangkan kafien.
  • Diet seimbang,khususnya nutrien untuk tulang seperti Kalsium, Vitamin D, Protien, Magnesium dan Zink.
Cara yang termudah adalah dengan meminum susu. Tak semestinya susu Anlene ye. Mungkin ada sesetengah dari kita yang tak boleh minum susu, so carilah alternatif lain untuk memastikan kesihatan tulang kita yang penting susu yang tinggi kalsium.

Jaga kesihatan sekarang supaya kesihatan hari esok terjamin.

Boning Up on Osteoporosis: A Guide to Prevention and Treatment

2 comments:

Norizwan said...

steady la dik...info yang sangat menarik...=)

ct said...

thank bro wan...

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...