Wednesday, December 9, 2009

H.A.T.I


Setiap yang terjadi mendatangkan kebencian. Semakin hari semakin membuak rasa benci. Kebencian yang kian bertambah, bercambah dalam jiwa menjadi nanah dan barah sehinggakan kata hati, nafsu, kehendak yang tak terbatas menghilangkan kewarasan akal untuk menilai yang mana baik dan buruk. Menjadi lebih parah apabila kebencian terhadap diri sendiri menyala disimbah minyak2 kekalahan, kegagalan, dan kesalahan atas kesilapan sendiri, juga manusia di sekeliling yg hanya tahu mengambil kesempatan mudah atas kelemahan diri. Kekuatan jiwa yang sepatutnya hadir di saat kekecewaan hanya mampu menjengah seketika sebelum hilang dikalahkan oleh kebencian yg kian mekar di sanubari. Mampukah terus hidup dalam kebencian? Mampukah kejayaan yang diimpikan  bersinar di sebalik kebencian? Kebencian ini membawa jutaan dendam kesumat yang tak bertepi.

Wahai hati, 
~Anggaplah setiap yang mendatang itu satu dugaan dari Tuhan, kerana Dia la yg Maha Mengetahui atas perkara tersebut.
~Kadang kala kebenaran itu sangat pahit untuk ditelan, bisa untuk diluahkan. 
~Ketahuilah hati bahawa, mendung hari ini tak semestinya membawa hujan esok hari, dan cerahnya hari ini belum tentu akan membawa kehangatan untuk kita semua.

"Wahai Tuhan kami, Janganlah Kau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanla kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya"

Surah Ali Imraan-8

Monday, October 12, 2009

Tangisanku ini untuk siapa...?

MENANGIS.... PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..

Sunday, October 11, 2009

Saturday, October 3, 2009

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...