Showing posts with label secebis perkongsian. Show all posts
Showing posts with label secebis perkongsian. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014, Syawwal 1435H

SYAWWAL 10, 1435H bersamaan Ogos 6,2014

DENGAN RENDAH DIRI, UCAPAN SEIKHLAS HATI SAYA DAN SEISI KELUARGA MEMOHON MAAF KEPADA SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI DAN  PELAWAT-PELAWAT BLOG ATAS SEGALA KEKHILAFAN DAN KEKURANGAN KAMI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. 

HARI RAYA MASAK KETUPAT,
BUAT RENDANG DAGING SEKATI,
NAK WISH RAYA MEMANG DA LAMBAT,
TAPI KALIAN TETAP DI HATI

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARI:-
TUAN PUNYA BLOG
(SITI AMINAH BINTI YAHYA)

BAJU RAYA KITEE
RAYA2 PUN NAK PROMOTE JUGAK, BAJU RAYA EN.SOMI MADE BY ME..
ALHAMDULILLAH SEDAP DIPAKAI KATENYE..

#BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
#BAJU MELAYU SUAMI
#BAJU MELAYU MADE BY ME
#BAJU RAYA PURPLE

Tempah Baju Raya Online kat SINI.

Wednesday, April 30, 2014

Selamat Hari Pekerja & Selamat Menyambut Bulan Rejab

Esok cuti sempena Hari Pekerja.. 
Seronoknya boleh lepak kat rumah sambil buat kerja rumah(ermm..boleh ke)..

List yang perlu dibuat da bersarang dalam kepala.. Nampaknya cuti Hari Pekerja bukanlah cuti bagi wanita yg bekerja sebab banyak kerja lagi kena buat di rumah..

Esok jugak kita akan bermula bulan baru iaitu 1 Mei bersamaan 1 Rejab.. Makin hampir kita dengan bulan Ramadhan..

Jom kenali Bulan Rejab.

Bulan Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi orang Islam bertakwa, mereka tidak akan melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan Rejab dan Syaaban untuk melipatgandakan amalan soleh lebih-lebih lagi ibadat puasa sunat.

Justeru, tidak hairanlah Rasulullah SAW kerap kali berdoa setiap kali datangnya bulan Rejab dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” 

Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.”  
 



Sama-samalah kita muhasabah diri kita atas dosa dan kesilapan yang pernah kita telah lakukan, memperbanyakkan ibadah dan melakukan kebaikan sepanjang bulan ini. Terus istiqamah sehingga ke bulan Syaaban dan  berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.

#Ibadah Rejab
#1 Rejab

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...