Monday, September 1, 2014

Mulakan Langkah Pertama Dengan Bismillah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Semua,

Bila difikirkan macamana masa kita kecil2 dahulu semasa mula belajar melangkah? Betapa sukarnya mencipta langkah, belajar meniarap dahulu, merangkak, bangun jatuh lagi.. Tetapi semua kerja dan ilham dari-Nya dari tak tahu kepada tahu.

Begitu juga dalam kehidupan, semuanya bermula dengan satu langkah pertama. Langkah pertama itu lah yang akan membawa kita ke destinasi yang kita mahu kan.

Rasa takut-takut, risau untuk mencipta langkah membuatkan kita gagal untuk mencipta langkah pertama. Kebanyakannya kita berfikir yang negatif, fikir kegagalan, fikir yang buruk-buruk sebelum membuat sesuatu. Kerana itulah kita gagal membuat langkah pertama.

Namun begitu, tidaklah bermaksud kita tidak perlu membuat sesuatu perkara tanpa berfikir baik dan buruknya, cuma jangan jadikan itu satu alasan untuk mencipta langkah.

Seperti kata Martin Lurther King Jr. 'Take the first step in faith. You don't have to see the whole staircase, just take the first step.'



Saya teringat pula kata-kata nasihat  cikgu kenegaraan saya semasa di PLKN Princess Haliza, Sepang tahun 2005, 'Mulakan langkah dengan Bismillah, jaga sepatumu jangan sampai terkoyak atau terpalit lumpur'. Mendalam maksudnya. Fikir2kanlah dan selamat beramal..=)

Saya pun seperti orang lain, banyak berfikir sebelum membuat sesuatu perkara. Itu yang membuatkan saya lambat bertindak.

Hari ni (29.8.2014) saya cuba gagahkan dan kuatkan diri untuk memulakan langkah tersebut. Semoga dengan keberkatan hari Penghulu segala hari, hari Jumaat yang penuh barakah langkah yang dimulakan pada hari ini membuahkan hasil yang baik.

Semoga terus isitqomah dalam usaha untuk berjaya. InsyaAllah..Amin..



No comments:

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...