"Pada suatu hari Husin (hero dalam Hantu Kak
Limah) pulang ke kampung halaman nya,i.e Kampung Pisang. Husin menggunakan
khidmat Bumble Bee untuk menghantarnya pulang. Untuk pulang ke kampung dia
terpaksa melalui Jalan Karak lama yang sunyi dan seram. Setibanya di kampung, Pak Jabit menceritakan kampung mereka akan di musnahkan
oleh makhluk asing jika mereka tidak bekerja sama dengan makhluk asing ini…
Dapatkah Husin menyelamatkan Kampung Pisang?
Siapakah yang akan membantu Husin? Adakah budak hijau berkepala botak a.k.a
toyol? Atau X-men? Atau gadis cantik yg
telah mati ketika membonceng motor bersama Mat Rempit? Atau geng robot yang
boleh berkata2? Nantikan kemunculan filem ini ye…"
Haha..tu cerita kalau saya lah
pengarahnya.. Perasan x korang sejak dua menjak ni filem kat Malaysia banyak
menayangkan cerita seram,misteri atau dalam bahasa senangnye cter hantu… Tambahan
pulak sekarang ni cerita hantu da ade unsur2 lawak, bertambah-tambahla cerita
hantu kt wayang…ade seram thriller la,seram komedi, seram ganas, seram
misteri,seram fiction, seram romantic(ade ker)…
Yang menjadi penggalak kepada lambakan
cerita camni kerana boleh dikatakan kebanyakan filem seram ni membawa pulangan
yang banyak pada pengusaha filem… Jadi filem box office lak tu.. Macam cerita Khurafat,
Ngangkung, Hantu Kak Limah, Hantu Bonceng dan macam-macam lagila..
Berbeza pula ceritanya dengan filem luar
Negara terutamanya cerita omputeh… Kalau korang perasan sekarang ni banyak
filem diorg berkaitan dengan dunia nak hancurla,alien nk jajah bumi la pendek cerita
mcm cerita hari kiamat gitu (Wallahua’lam)… Macam je, sebab pembuat filem tu
org barat yang agamanya kita tak tahu… Tapi yang bestnya idea diorg ni tentang
perkara2 luar jangka ni sangat hebat..
Ape persamaan antara cerita mereka ni?
Dua2nya menceritakan tentang perkara ghaib… Orang kita menceritakan perkara ghaib yang agak
modern less, sorry to say membawa kepada kemunduran fikiran dan membawa kita
berfikir seperti zaman dahulu kala.. Ia membawa kita kembali percaya kepada
kewujudan ritual pemujaan dan kepercayaan terhadap animism seperti wujudnya
semangat2 jahat dan sebagainya.
Berbeza pula dengan cerita luar Negara yang
lebih membawa idea ke hadapan dalam filem2 mereka. Walaupun pada dasarnya
seolah2 tidak logik,tetapi secara
kebetulannya idea mereka itu merangsang kita berfikir tentang kelogikan cerita
tersebut.. Sekarang mereka lebih lantang dan berani membuat cerita sehingga
bermain fakta dan sejarah… Sebagai
contoh cerita 2012, Battle L.A World Invasion, Transformers dan Immortal dan
banyak lagi..
Percaya atau tak tahun hadapan filem
Malaysia akan ade lambakan cerita seram, dan filem luar Negara pula banyaknye
cerita science fiction tentang kerosakan dan kehancuran dunia… inilah fenomena industri perfileman negara dan luar negara sekarang mengikut kaca mata caya... Pape
pun,terpulang pada diri sendiri… Dalam keburukan, ada kebaikan…
Cerita ape nak kuar tahun depan…? Tunggu
entry seterusnya…
P/S: Entry ni bukan untuk mengutuk mengata
atau bersikap skeptical terhadap filem2 kita mahupun luar Negara sebab saya
memang peminat dua2 genre file ni…=)
No comments:
Post a Comment