Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Lama rasenye saya tak bukak blog sy... Diam tak diam da setengah tahun kita di tahun 2010. Ape yg terjadi selama ini? Maksud saya, pengisian yg kite selama setengah tahun di tahun 2010. Banyak yg menyeronokkan atau banyak yang menyedihkan? Bagaimana pula dengan azam di awal tahun hari tu? Sudah tercapaikah?
Masing2 ade jawapan masing utk pertanyaan tersebut. Setiap yg terjaditu ada alasan & sebab2 yg kite tahu atau pun tidak. Semua org mendambakan kebahagian. Dan kebahagiaan tu terlalu subjektif utk dikongsikan. Setiap org ada kemahuan yg berbeza2 Bak kata pepatah, hati sama hitam, namun rambut lain2. Ooops...silap2, rambut sama hitam, tapi hati lain2. Masih boleh digunapakaikah pepatah tersebut kini? Mane ade rambut yg sama hitam sekarang ni.hehehe... Mungkih pepatah petama bley digunapakai? hati sama hitam, namun rambut lain2. Kitakan boleh berkongsi hati, mungkinkah hati kita sama? Siapa tahu..?
Kejayaan merupakan impian semua org, ade yg inginkan kejayaan dalam pelajaran, kejayaan dalam pekerjaan, kejayaan dalam hidup, & kejayaan selepas hidup. Jika hari ni kita gagal, & esok masih gagal lusa juga gagal untuk dapat yg kita impikan, satu hari nnti kejayaan tu pasti akan datang. Yang penting usaha kita untuk mendapatkannya. Bila kita berusaha, walaupun kita tak berjaya kita akan dapat satu kepuasan. Tetapi dengan syarat kita berusaha, berikhtiar & bertawakal. Ingat bahawa, org yg kuat itu adalah org yg masih boleh tersenyum walaupun dia gagal, dia mmpu tersenyum walaupun dia kalah, dia mampu tersenyum walaupun dia dihina atas kekalahan & kegagalan tersebut.
Cemburu melihat kejayaan org lain. Sifat biasa manusia, tetapi jgn jadikan cemburu sebagai dendam, jgn jadikan cemburu meresap ke dalam hati sampai menghitamkan lagi hati yang dah memang hitam sehingga rambut pun berubah warna dari hitam ke putih, dari banyak rambut menjadi botak. Cukupla sifat cemburu itu jadi pengajaran kepada kita. Sekadar menjadi ingatan kepada kita bagaimana untuk menjadi lebih baik setelah tidak berjaya sebelumnya.Jangan berbuat sesuatu utk merampas kejayaan mereka dgn cara kotor. "Aku tidak berjaya kau juga tidak sepatutnya berjaya". Buang sikap & pemikiran begitu jauh2. Percaya bahawa rezeki kita telah ditentukan. Ucaplah kata2 yg baik2 kepada mereka yg telah mendapat ape yg mereka mahukan, semoga dgn kata2 positif itu memberi impak positif pada dirinya & juga diri sendiri. Jika tidak mampu, cukupla sekadar senyuman utk meraikan kejayaannya kerana dgn senyuman itu mampu membersihkan hati yg gundah.
"Telah ku buat yang terbaik, tapi takkan ini hasil nye?" Biasalah, tak semua yang kita hajatkan kita akan dapat. Penat jerih yg kita lakukan utk mendapatkan sesuatu tu manis rasanya andai kita redha dgn ketentuanNya. Perlu juga diingat, tiada kejayaan yang akan datang bergolek tanpa usaha. Usaha & terus berusaha kelak kejayaan tu akan datang & kita akan menghargai lebih ape yg kita perolehi tersebut.Bila kita berusaha jgn di impikan kejayaan , kerana bila tidak dapat, kita akan rasa terkilan & sedih, tetapi bila kita berusaha, kita buatla yg termampu & terbaik dari diri sendiri. Jangan terlalu obses untuk mendapatkan sesuatu, kesederhaan itu perlu. Ada pepatah Inggeris yg di Melayukan bebunyi 'org yg berjaya adalah org biasa yg berusaha secara luar biasa'. Penat berusaha, jgn lupa berdoa. Doakan senjata kita.
Jika kejayaan itu milik kita, jangan pula bermegah-megah. Panjatkan kesyukuran kepadaNya. Ingat kepada mereka yg tidak berjaya, kerana kita berkongsi cita2 yang sama. Kejayaan tu adalah milik kita semua. Semoga mereka yg tidak berjaya itu rasa bahagia bersama kita.
Think positive, get positive...