Wednesday, May 11, 2011

Terbaeeekk: Fast Five Sinopsis

Best giler... Keluar panggung dengan perasaan puas... Pastu bawak kereta pun cam nak lumba jugak...(Aissh..jangan wat hal..ikuti had laju yang ditetapkan)


Nak citer sikit la pasal Fast Five ni, citer die bermula dengan excident bas yg membawa Dom (ingat tak citer sebelum ni, Dom kena tangkap and kena hukum penjara tu) So tu la mulanya, citer ni..Brian ngan Mia adik Dom g wat bas yang bawa penjenayah2 termasuk Dom ni excident.. Dom terselamat dan melarikan diri. Diorang ni jadi orang yang dikehendaki la.. Tu yang membuatkan diorang terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di merata2 tempat.. 


Brian dan Mia akhirnya singgah di Rio kerana ada kenalan Dom di sana.. Demi mendapatkan kebebasan mereka menyertai  satu tugas bahaya tetapi menjanjikan pulangan yang banyak..  Mereka merompak kereta mewah dari kereta api yang sedang bergerak, haa..time tu korang boleh tengok how furious they are... 


Tapi disebalik rompakan tersebut, rupa2nya ada udang di sebalik batu.. Dom, Brian &  Mia berdepan dengan dua musuh sekali gus, yaitu federal agent yang di ketuai oleh Hobbs (Dwayne Johnson) and ahli2 kongsi gelap.


Hoob memang dikenali sebagai agent yang sangat cekap dan tak pernah gagal, dia ditugaskan untuk menangkap Dom, Brian & Mia.. Dalam masa yang sama kumpulan kongsi gelap yang di ketuai oleh Reyyes memburu mereka kerana mereka melarikan kereta  yang mempunyai data2 rahsia mereka.


Di dalam data tersebut menunjukkan simpanan duit kumpulan kongsi gelap ni yang berjumlah berjuta2.. Brian, Mia & Dom dapat tau tentang hal tu.. Mereka pun merancang untuk mendapatkan duit2 tersebut untuk membeli kebebasan yang diinginkan.. Mereka bekerja sama dengan kawan2 mereka yang mempunyai kepakaran sendiri untuk mendapatkan duit tersebut.




Apa yang bestnya anda boleh saksikan kesempurnaan perancangan mereka untuk merompak duit tersebutwalaupun ada gangguan yang tak diingini berlaku.. Ape yang bestnya lagi dalam citer ni kompemla pasal kereta2 canggih, sound effect yang superb, aksi2 yang lumba kereta yang tak masuk akal...Memang terbaekk la...


Nak tau lebih lanjut tengokla sendiri... Sy citer atas kefahaman sy setelah menonton cerita ini..



3 comments:

Nazzue said...

Dah tengok cita nie...mmg sempoi...5 bintang...:)

Smile Is Cure said...

Nazzue...setuju sangat..best kan??

Norizwan said...

tak tengok lagi...tapi ramai orang kata ia gempakzz....=)mesti tengok...

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...