Thursday, May 5, 2011

Cerita Perkahwinan

Orang kata "Tok sahla berangan kalau duit tak de 30,000 dalam tangan... Jangan mimpila nak kawen.. Ingat kawen ni macam main pondok2 cam zaman dulu kala kah?? Sorryla abang kakak, pakcik makcik.... Hentikanla angan2 tu..."


Abes tu tak payah kawenla... Ingat senang ker nak kumpul duit banyak tu sekarang ni... Gaji pun cukup2 makan tu pun kadang2 terpaksa makan meggi, lagi2 ujung bulan... Gaji bukan beribu2 dollar, berjuta2 rupiah tu adalah... Kerja memanglah gempak, kerja kat bandaraya, nak sebut memang bangga, tapi jawatan?  gaji camane? Tak terluah depan mak ayah... Sebab tak nak diorang hampa... Nak kerja pun ada kos, kena fikir minyak kereta, tambang bas, atau LRT.. Belum masuk makan dan minum...


Perkahwinan bukan pengakhiran kehiduan tetapi baru pemulaan. Ramai orang simpan duit untuk majlis perkahwinan tetapi bukan simpan duit untuk masa depan sedangkan kehidupan selepas perkahwinan yang harus dititik beratkan.


Kita da dibiasakan dengan kenduri besar-besaran untuk majlis perkahwinan sejak dulu lagi... Cuma dulu kos untuk majlis itu tak sebesar sekarang kerana diusahakan secara gotong royong oleh orang kampung, dari penyediaan khemah, masakan,pelamin dan macam2 lagi... Tak macam sekarang semuanya kena ada duit, kalau tak tak jalan la majlis...


Dek kerana itu lah jadi kes macam dalam paper semalam, lelaki mintak tebusan dari tunang sendiri.. Patut ker? Tak patut2... Nak mintak depan2 malu la... Ye tak? Karang apa lak kata bakal mertua..


Hmmm....Kalau di pikir2 sampai mati pun susah nak kawen... Yang penting berusaha menuju ke arah itu... Bak kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana... Yang susah pun jadi senang... Allah pun menjanjikan rezeki pada perkahwinan itu sendiri... InsyaAllah...



2 comments:

syukrihasshan said...

nak buat macam mana..dua2 pihak kena tolong menolong..itu jer..tp mslhnya skrg..ADAT diutamakan berbanding benda lain. Biarlah majlis perkahwinan ringkas aslkan matlamat tercapai..sekadar pndapat aku jer. Hantaran beriban-riban.. Sian kat pihak lelaki la.. Ptot duit disimpan utk masa depan tp digunakan utk kawin semata-mata..humm..

Smile Is Cure said...

Setuju sangat ngan pendapat Mr. Straw tu...dua2 pihak kena memahami termasuk keluarga dan sedara mara supaya takde la kejadian kata mengata, umpat mengumpat nanti...=)

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...