Esok cuti sempena Hari Pekerja..
Seronoknya boleh lepak kat rumah sambil buat kerja rumah(ermm..boleh ke)..
List yang perlu dibuat da bersarang dalam kepala.. Nampaknya cuti Hari Pekerja bukanlah cuti bagi wanita yg bekerja sebab banyak kerja lagi kena buat di rumah..
Esok jugak kita akan bermula bulan baru iaitu 1 Mei bersamaan 1 Rejab.. Makin hampir kita dengan bulan Ramadhan..
Jom kenali Bulan Rejab.
Bulan Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi orang Islam
bertakwa, mereka tidak akan melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan
Rejab dan Syaaban untuk melipatgandakan amalan soleh lebih-lebih lagi
ibadat puasa sunat.
Justeru, tidak hairanlah Rasulullah SAW kerap kali berdoa setiap
kali datangnya bulan Rejab dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah!
Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah kami
ke bulan Ramadan.”
Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah
bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula
memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi
penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri
kepada Allah Taala.”
Sama-samalah kita muhasabah diri kita atas dosa dan kesilapan yang pernah kita telah lakukan, memperbanyakkan ibadah dan melakukan kebaikan sepanjang bulan ini. Terus istiqamah sehingga ke bulan Syaaban dan berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta
kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal
tiba.
#Ibadah Rejab
#1 Rejab