Thursday, December 23, 2010

2K Selepas 2K

Ape 2K tu? Hmmmm....

Rasanya belum terlambat nak wish Happy New Year utk semua rakan blogger dan pembaca2 sekalian. Sekejap jer dah berlalu 2010. Itu pertanda bahawa umur kia semakin pendek. Namun begitu, bersyukur kerana diberi peluang untuk menghirup udara, berpijak di bumi Tuhan ini sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada 2K tadi, ianya berkaitan dengan matlamat untuk tahun ni. Bukan azam ok..! Ada bezakah? Ada. Secara kasar maksud matlamat adalah sasaran, manakala azam bermaksud kemahuan yang tesangat kuat untuk di capai (rujuk kamus dewan). Saja tak menggunakan perkataan azam kerana matlamat lebih sesuai dengan 2K tersebut.

'2K selepas 2K'. Pada tahun lepas aku telah berjaya mendapatkan 2K iaitu Kereta dan Kerjaya.. Alhamdulillah. 2K seterusnya adalah Kembang dan Kahwin.. InsyaAllah... 

Kembang tu untuk kembang kerjaya, Iman, jangan cakap kembang badan pulak..Walaupun sebenarnya teringin juga untuk mengembangkan badan ni. Setelah berada di keadaan sekarang aku amat bersyukur, tetapi aku ingin terus berusaha untuk terus berjaya. Di sebalik kejayaan yang aku terima aku sangat2 berharap aku tidak lupa pada-Nya. Aku ingin berjaya di dunia dan akhirat bersama-Nya. Banyak lagi yang perlu dikembangkan termasuklah kembangkan blog, poket.. So berusaha lagi dan lagi...

Manakala kahwin juga termasuk dalam matlamat aku untuk tahun ni. Tapi itu tak bermaksud aku akan berkahwin tahun ni. Mungkin persedian untuk kahwin saja. Waah...perlukah secepat itu? Doakan lah ye....

Uik... Kenapa gambar gajah ni? Hehehe..
Lambang kekuatan dan kebesaran... (boleh ker?)



Biskut Chipsmore

Lama jugak tak bukak blog, tak creat post, tak wat pape la kat blog Smile Is Cure.. Sebabnye asek smile layan karenah orang2 di sekeliling. Terlupa sebentar tentang kawan-kawan maya (bukan terlupa, tak sempat).


Line tenet pon da slow giler la skang ni. Puasla dok pusing2 antena, tapi camtu jugak. Jap connect, jap disconnect... Sabar jer la..


Emosi pun jap ok, jap tak ok.... Penat sangat kerja ujung2 tahun ni... Penat fizikal dan mental... Tu yang wat mood kadang2 best kadang2 tak best...


Nak create post kena cari idea. Masa tak dicari dapat idea, bila bukak jer blogspot ni, ilang lak idea tu..


Tengok blog sendiri cam sesuai cam tak sesuai jer template baru ni....mungkin kene tukar lg.. tp sampai bila nk tukar2 ni..?


Jap ada jap tak da, jap ada jap tak da.. Aghh...lapar plak jom cari biskut jap ada jap tak de...:) 

Wednesday, December 22, 2010

Aku Nak Cantik Seperti Dia...

Kalaulah ada pilihan, aku ingin menjadi cantik seperti dia
Tentu tiada siapa ejek
Tentu tiada siapa hina
Semua pasti semua akan menyukai ku....

Kesempatan menonton filem Narnia yang terbaru (The Chronicle of Narnia: The Voyage of The Dawn Trader) baru-baru ni turut membawa pengajaran bahawa setiap apa yang kita idamkan belum tentu sesuai untuk kita. 


Kadang kala kita mengimpikan kita berada di tempat dia yang cantik, lawa, kacak kerana kita tidak seberapa. Bila kita jadi cantik/lawa/kacak/handsome mesti orang lain akan melayan kita dengan baik, suka diri kita, wat salah pun orang tak marah, apa yang kita nak boleh dapat.


Tapi tu semua kalaulah..... Realitinya kita adalah kita. Bak kata pepatah Melayu 'Pipit tak boleh menjadi enggang'.....


"Hidup ini ibarat berjalan di taman yang penuh dengan bunga ros, walaupun cantik dan wangi tapi sekeliling penuh duri."

Monday, December 6, 2010

Jom Buat Resume

Salam Awal Muharam buat semua....


Anda mungkin baru habis belajar dan ingin mencari kerja, atau anda da lama berkerja da bosan nak cari kerja lain. 


Apa yang perlu anda lakukan?


1. Cari kerja kosong.


Kat mana nak cari? Antaranya Jobs Malaysia, SPA, Surat Khabar, Majalah, Internet.
Tapi mungkin semua tempat yang ada kekosongan tu jauh dari tempat anda, atau anda tidak berkenan dengan kerja yang ditawarkan atau kelayakan anda tidak menepati kehendak kekosongan tersebut.


Jadi camana nak dapat kerja ni?
Tahukan anda perkara pertama yang majikan lihat adalah resume pemohon. Dalam erti kata yang mudah untuk tawan hati majikan adalah dengan resume yang menarik.




2. Resume


A. Isi Kandungan


i. Lengkap dengan biodata peribadi anda seperti nama penuh, alamat, no telefon, tarikh lahir dll. Tidak meleret2 dengan biodata adik beradik sekali ye...!
ii. Latar belakang pelajaran, Kalau boleh tiga level yang tertinggi jer. Cthnya kalau ada degree start dr SPM, Diploma, Degree, kalau ada SPM jer, bolehla masukkan PMR & UPSR sekali. Tapi buat seringkas yang boleh. Yang wajib letak adalah SPM
iii. Aktiviti masa sekolah, universiti, dan luar. Letak dalam susunan jangan berterabur.
iv. Pengalaman berkerja. Kalau tak de pengalaman cam freshie tu tukarla masa belajar dulu belajar ape.Letak yang berkaitan dengan kerja yang diminta jer. Takkan la sampai berpuluh-puluh subjek nak letak jugak dalam tu.
v. Kemahiran seperti komputer, tukang, elektronik tau apa2 sahaja kemahiran.
vi. Kemahiran bahasa
vii. Reference atau dalam Bahasa Melayu nya rujukan. Kena letakla, tp tak wajib sebab nak tunjuk kat majikan kita tu kita ada sokongan.


B. Format resume


i. Tulisan, font la kalau guna komputer. Font yang sesuai, selalunya orang guna Arial, tp tak kisahlah nak pakai font ape janji majikan boleh baca. Tak payah guna font berpuntal-puntal pulak walaupun boleh dibaca. Saiz font sedang2 jer.
ii. Gambar. Gambar saiz ic. Bukan gabar posing kecuali nak mintak kerja jadi model.
iii. Kemas. Bezakan mana tajuk, dengan boldkan. Letak numbering atau bullet pada kesesuaian.
iv. Bahasa. Gunakan satu bahasa sahaja. Kalau nak market lebih gunalah bahasa Inggeris tapi jangan broken plak dan jangan rojak macam dalam entry ni. Hehehe...
v. Muka surat. Biar sikit tapi lengkap. Jangan buat cam buku lak. Boring majikan nak baca.
v. Last sekali semak balik resume anda. Pastikan:
          a. KEMAS
          b. SIMPLE
          c. TERSUSUN


C. Cover Letter
Nak lagi best buatla cover letter. Dalam tu baru tu lis kenapa nak kerja kat company tu, gaji diminta. cter detail sket la dengan ayat2 untuk marketkan diri anda.


3. Hantar resume yang telh siap kepada company yang mempunyai kekosongan atau nak hantar ke company yang anda minat nak kerja td...


Nak tengok contoh resume.
 


Jadikan Muharam ini langkah pertama menuju kejayaan.

Ingat, bagi yang wanita kalau memakai Baju Kurung ketika interview itu satu advantage. Jom Tempah Online DI SINI




The Resume Handbook: How to Write Outstanding Resumes and Cover Letters for Every Situation



Thursday, December 2, 2010

Bila Si Dia Bertanya

Hari ini aku diuji..... Teruskan bertenang.... Senyum..... Happy...... Tapi mampukah aku....?

Bolayan...... 


Baik layan segmen MR. Ben....


image


Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?

  • Yang paling penting adalah cerita yang menarik, ringkas, padat,terkini, sensasi, berilmu. Pendek kata apa saja yang disampaikan melalui blog tersebut mendatangkan manfaat kepada pembacanya.
Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
  • Buat entry yang best2, berserta tajuk yang menarik. Pastu publish kat facebook, join segmen dari MR. Ben, join contest atau segmen dari kawan-kawan blogger, rajin bukak blog blogger lain & comment.
Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk? dan kenapa?
  • Blog yang berlagu-lagu. Kalau lagu tu best, kita suka dengar tak pe lagi. Ni kadang-kadang tak kena langsung ngan entry, so nak bace da ganggu mood. (P/S: Sorry blogger yang berkenaan, just luahan hatiku)
Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
  • Widget chat & follower. Widget chat untuk bagi salam n promote entry, follower untuk follow diorg.
Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
  • "Kita hanya menyampaikan pendapat kita selain berkongsi info, begitu juga dengan pembaca atau pengomen yang singgah. Kena open minded, tapi kalo main tikam2 tu susahla nak jawab. Yang penting 'Smile Is Cure'."
Tu jerla.............

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...