Thursday, December 23, 2010

2K Selepas 2K

Ape 2K tu? Hmmmm....

Rasanya belum terlambat nak wish Happy New Year utk semua rakan blogger dan pembaca2 sekalian. Sekejap jer dah berlalu 2010. Itu pertanda bahawa umur kia semakin pendek. Namun begitu, bersyukur kerana diberi peluang untuk menghirup udara, berpijak di bumi Tuhan ini sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada 2K tadi, ianya berkaitan dengan matlamat untuk tahun ni. Bukan azam ok..! Ada bezakah? Ada. Secara kasar maksud matlamat adalah sasaran, manakala azam bermaksud kemahuan yang tesangat kuat untuk di capai (rujuk kamus dewan). Saja tak menggunakan perkataan azam kerana matlamat lebih sesuai dengan 2K tersebut.

'2K selepas 2K'. Pada tahun lepas aku telah berjaya mendapatkan 2K iaitu Kereta dan Kerjaya.. Alhamdulillah. 2K seterusnya adalah Kembang dan Kahwin.. InsyaAllah... 

Kembang tu untuk kembang kerjaya, Iman, jangan cakap kembang badan pulak..Walaupun sebenarnya teringin juga untuk mengembangkan badan ni. Setelah berada di keadaan sekarang aku amat bersyukur, tetapi aku ingin terus berusaha untuk terus berjaya. Di sebalik kejayaan yang aku terima aku sangat2 berharap aku tidak lupa pada-Nya. Aku ingin berjaya di dunia dan akhirat bersama-Nya. Banyak lagi yang perlu dikembangkan termasuklah kembangkan blog, poket.. So berusaha lagi dan lagi...

Manakala kahwin juga termasuk dalam matlamat aku untuk tahun ni. Tapi itu tak bermaksud aku akan berkahwin tahun ni. Mungkin persedian untuk kahwin saja. Waah...perlukah secepat itu? Doakan lah ye....

Uik... Kenapa gambar gajah ni? Hehehe..
Lambang kekuatan dan kebesaran... (boleh ker?)



No comments:

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...