Tuesday, January 4, 2011

Saya Ingin Menonton Filem Faster






Dah lama tak tengok The Rock (Dwayne Johnson) belakon selepas cerita The Tooth Fairy. Itu pun dia membawa watak yang lebih lembut  berbanding dengan filem ini. So tak nak lepaskan peluang untuk cerita Faster yang bergenre aksi ini. 


Faster menceritakan tentang Driver (Dwayne Johnson)  mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Setelah dibebaskan, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara (Billy Bob Thornton)  dan seorang lagi pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen) . Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap.


Cerita yang turut membawa mesej kasih sayang, kekeluargaan, selain aksi-aksi yang mencabar membuatkan keterujaan untuk menonton filem ini. Seperti tajuknya 'Faster' pasti ceritanya memberi kepantasan dalam setiap plot2 dalam filem ini, adegan kejar mengejar, tembak menembak, gaduh dan selingan plot kasih sayang pasti membuahkan kepuasan apabila menontonnya. Sama-sama kita nantikan cerita ini yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. 


Jom pakat tengok...!



No comments:

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...