Friday, January 7, 2011

Filem Kena Tonton 2011

Awal2 tahun lagi dah tak sabar nak tunggu filem baru. Aku boleh digelarkan sebagai kaki wayang juga. Dalam sebulan purata 3 kali jenguk panggung. Kecuali bulan puasa. Jadi baik sikit la. Hehehehe......

Lima filem yang aku nak tonton tahun 2011 ni adalah:
1. Kongsi
2. Khurafat
3. Transformers 3
4. Pirate of Carribean
5. Rango

Kenapa perlu tengok cerita itu? Kat bawah ni ada sedikit sinopsis dan info hasil carian ku bersama google, yahoo dan youtube...:)
1. Kongsi 
Kongsi 'Lu Langsi Lu Mati' menceritakan tentang penyisatan terhadap pembunuhan dan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari kaum Melayu, China, dan India. Diselitkan dengan aksi2 komedi dan kata2 lawak dari pelakon2nya yang menghiburkan. Cerita yang berkonsepkan aksi komedi ini diarahkan oleh Farid Kamil dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar, Azad Jazmin dan ramai lagi. Dikuatkan dengan pelakon2 hebat dan mempunyai tarikan tersendiri disamping lawak2 yang pasti membuatkan penonton sentiasa segar menonton cerita ini sehingga penamat.

2. Khurafat

Perjanjian Syaitan.Apabila diri sudah dikawal nafsu, dendam bertamu, akal sudah tidak mampu membezakan yang salah. Menceritakan tentang Johan dan Ayshah yang sudah berkahwin namun sentiasa diganggu oleh bekas teman wanita Johan sehingga pada suatu hari teman wanita Johan ditemui mati. Sejak dari itu, kehidupan Johan dan isterinya tidak lagi aman. Merasai ketakutan dan kejutan buah tangan Syamsul Yusof yang tampak menjadi dengan kerja kali pertamanya untuk filem seram.



3. Transformers 3 : Dark Of The Moon

Peminat autobot, Bumblebee, Ratchet, Ironhead dan Sideswipe yang di ketuai oleh Optimus Prime kembali beraksi di layar perak pada tahun ini. Decepticon yang kalah dalam episode sebelum ini kembali untuk membalas dendam. Memperkenalkan penjahat terbaru di dalam bentuk 'shockwave'. Jalan cerita yang bertumpu di luar angkasa melibatkan U.S.S.R dan U.S yang berpendapat masih tedapat Transformers yang bersembunyi di salah satu planet yang menyimpan rahsia berbahaya.



4. Pirate of the Carribean 4 : On Stranger Tides
Dalam kisah kali ni anda mungkin tidak akan berjumpa dengan William Turner dan Elizebeth. Ianya lebih fokus kepada hero Jack Sparrow (Johnny Depp) dan rakan seterunya Barbosa yang berlayar bersama dalam mencari 'fountain of youth'. Dalam pelayaran tersebut dia bertemu dengan Angelica seorang wanita dari masa lampaunya dan Blackbeard seorang pirate yang menggerunkan. Jack mendapati dia telah terbabit dalam pengembaraan yang dia sendiri tidak tahu pada siapa yang dia perlu berhati-hati, samaada wanita masa lampaunya atau Blackbeard. 


5. Rango
Rango adalah seekor Chameleon peliharaan. Dia mengalami konflik adentiti lalu pergi mengembara untuk mencari identiti dirinya. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang pengembaraannya. Rango (Johnny Depp) berpakaian ala Hawaian, sangat lincah dan lawak, pasti membuatkan kita tak berhenti ketawa.

No comments:

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...