Tuesday, May 6, 2014

JOM Join MISI KURUS Sebelum Raya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu ku kurus sekarang sudah tembam.. 
Lalalala..

Hehehe.. Nyanyi lagu ni untuk diri sendiri..
Al-maklumlah badan da macam guni padi.. berketul2 di tempat yang xsepatutnya..

Bayangkanlah 2 tahun kahwin badan naik 15 kg..kalau da bersalin tu lainlah ceritanya..
Ni apa pun tarakk... Yang tak bestnye bila orang tanye 'Ko da mengandung eyhhh??' padahal mengandungi lemak je..huhuuuu
Sebelum kahwin 45kg, selepas kahwin naik sekilo-sekilo sampai la skarang da jadi 60kg..

So sebelum raya ni nk kena kuruskan badan jugak..dapat turun 10kg pun da Alhamdulillah.
10kg in 3 month..agak2 keterlaluan tak misi tu..nak kurus secara sihat..no ikat perut, no diet melampau, no pil2 langsing..

Nak kurus camana ye..Kurus dengan cara makan on time, joging n puasa..harap menjadila misi aku ni... Usaha n istiqamah...InsyaALLAH..

Jom join misi ini pada kawan-kawan yang senasib dengan saya n kawan-kawan yg nk maintain fit..


 Ni gambar testimoni terbalik.. Kena letak gambar baru teruja semangat nk melaksanakan misi tu..

Jom ikut misi ini.. Kurus Sebelum Raya...
Leave your comment 'inch loss'

Wednesday, April 30, 2014

Selamat Hari Pekerja & Selamat Menyambut Bulan Rejab

Esok cuti sempena Hari Pekerja.. 
Seronoknya boleh lepak kat rumah sambil buat kerja rumah(ermm..boleh ke)..

List yang perlu dibuat da bersarang dalam kepala.. Nampaknya cuti Hari Pekerja bukanlah cuti bagi wanita yg bekerja sebab banyak kerja lagi kena buat di rumah..

Esok jugak kita akan bermula bulan baru iaitu 1 Mei bersamaan 1 Rejab.. Makin hampir kita dengan bulan Ramadhan..

Jom kenali Bulan Rejab.

Bulan Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi orang Islam bertakwa, mereka tidak akan melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan Rejab dan Syaaban untuk melipatgandakan amalan soleh lebih-lebih lagi ibadat puasa sunat.

Justeru, tidak hairanlah Rasulullah SAW kerap kali berdoa setiap kali datangnya bulan Rejab dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” 

Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.”  
 



Sama-samalah kita muhasabah diri kita atas dosa dan kesilapan yang pernah kita telah lakukan, memperbanyakkan ibadah dan melakukan kebaikan sepanjang bulan ini. Terus istiqamah sehingga ke bulan Syaaban dan  berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.

#Ibadah Rejab
#1 Rejab

Monday, November 25, 2013

Welcome back Smile Is Cure

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Rindunya kt blog ni. Dua tahun takde berita,takde cerita, takde update..

Khabarnya : 
  • Smile Is Cure telah berumahtangga - 25.3.2012
  • Smile Is Cure telah berpindah rumah 2 kali - Feb 2012  @ Bandar Botanik, - Jan 2013 @ Kuarters Polis Marin
  • Smile Is Cure telah berpindah tempat kerja ke Klang
  •  Smile Is Cure masih menunggu kehadiran orang ketiga (cahaya mata).. ~Ya Allah..kurniakan aku zuriat yang baik. Amin..~
Harap boleh aktif berblog selepas ni.. Harap ramai follow blog sy dan.. Harap yang baik2 saja..

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...