Rasa terpanggil nak buat contest ni. Actually da penah wat entry sal kisah cinta. Kisah cinta yang aku lalui sendiri. So nak refresh jer untuk join contest ni...huhuhuhu...
Selamat membaca.....
Tuesday, November 30, 2010
Saturday, November 27, 2010
Siapa Orang Yang Kuat di Dunia?
Sapa la yang kuat agaknya dalam dunia ni? Anda rasa anda kuat? Adakah orang yang berketul-ketul badannya adalah orang yang kuat?Adakah orang yang pandai,boleh membaca buku tebal-tebal itu kuat?
Tidak sebenarnya jika dia tidak boleh senyum ketika menghadapi kesukaran. Mungkin anda akan berkata;
'Alah...pekara senang je tu.'
'Senyum bukan susah sangat, tarik pp ke atas nanti bibir pun ikut. Senyum la tu'
Kalau betullah anda mampu tersenyum ketika sedang susah, duit kat poket ciput, parent tak sihat,hutang banyak nak bayar, tekanan kerja, dan macam-macam kesulitan lagila jadi anda adalah orang yang kuat.
Susahkan nak senyum kalau ada masalah? Anda rasa cam hipokrit jer kalau senyum masa ada masalah kan? Jangan risau, 'Senyum itukan sedekah' senyum sangat2lah digalakkan dalam Islam.
Pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?"
Lepas ni siapa rasa dirinya tidak kuat, kuatkan lah dengan senyuman. Percaya atau tak, dengan senyuman anda, bukan hanya membuat diri anda kuat tetapi orag disekeliling anda turut kuat.....

Thursday, November 25, 2010
Smile Story : Shades Contest a.k.a Kaca Mata Hitam
Thanks to fatihah for invited me to join this contest.
Fuhh...semangat cari gambar mana yang pakai shades ni... Check kt lappy ni memang da tak de la sebab baru format... Sob..sob..sob... Nak cari kat mane ni?
Saya memang suka pakai shades@ sunglass @ kaca mata hitam tapi jarang bergambar.... Huhuhu...
Cari punye cari, jumpela gambar ni...

Kat mane jumpe gambar ni? Jumpa kat facebook. Ape pendapat anda tentang gambar ni? Biarlah gambar bercerita. Macam-macam persepsi orang terhadap gambar ni...Tak caya, bukak Facebook search smileiscure. Susah sangat, klik sini.
Ni pulak gambar lame. Time raya, bergaya dengan shades member, di dalam kereta member.
Gambar ni telah di editkan untuk mengaburkan lubang jerawat, lubang roma, termasuk lubang h*****... Arrghhh... Malu den.
Sape yang jadi mangsa kena tag?
First nak tag orang yang tag saya.
So pada kawan-kawan yang kena tag tu, mula-mula nak cakap sowi sebb tag tak btau... Buat kawan-kawan lain, join la jugak contest ni... Tarikh tutup 16 Dec 2010. Cepat-cepat sebelum telambat.
Wednesday, November 24, 2010
Susu Kambing Banyak Khasiat
Pasti ramai di antara anda yang berminat dengan susu kambing. Selain rasanya yang sedap, lazat dan berkrim disukai ramai, ia juga banyak khasiat. Antara khasiat susu kambing; dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis, strok dan menjadi anti-oksida.
Jika anda penggemar susu kambing, cuba menggunakan produk Coffee Arabica Susu Kambing, produk dari Bot Industries. Ianya pasti tak menghampakan.
Selain itu ade beberapa produk lain yang turut diperkenalkan melalui Bot Industries. Seperti Susu Kambing Madu Kurma, Coklat Malt, Teh Ais Limau dan Teh Tarik.
Jadi pasni jom ramai-ramai pakat p beli susu ni kat tuan punye kambing...Eh.. silap....Kat Bot Industries laaaa......
Susu kambing merupakan salah satu minuman yang disukai oleh Rasulullah.
Untuk maklumat lanjut boleh lawati www.bot.com.my
Pakai Baju Kurung Cantik Juga.. Jom order sekarang DI SINI.

Tuesday, November 23, 2010
Bila Nak Kawen Ni?
Kawan da lame, dari mase sekolah lagi. Dulu kau bukan main lagi kutuk aku, ejek-ejek aku. Bila aku nak duduk kau tarik kerusi aku, bila time PJK kau sorok beg aku. Tapi sekarang orang yang kau ejek-ejek tu la jadi awek kau. Padan muka kau.
Sebenarnya dulu aq memang benci kau. Kalau boleh kalau datang sekolah tu tanak jumpa muka kau. Bila kau buang sampah rata-rata nak aje aku tulis nama kau pastu bagi kat cikgu disiplin. Biar kau rase kene marah ngan ciku, baru terbalas dendam aku bila kau ejek-ejek aku. Tapi sekarang bila tak nampak kau, aku pulak yang rindu. Adesh, padan muka aku balik.
Abes sekolah kau da keje. Aku tak tau la ko keje ape. Ape aku kisah, kau bukan sedara aku. Pastu kau beli motor. Pergh..bergaya la konon ngan motor baru kau tu walaupun second hand. Al maklumla kau da kerja. Aku pinjam moto bapak ku jer nak kemane-mane. Nak ke bandar pun naik bas lagi berhimpit-himpit dengan Indon, Bangla pesume.
Aku pulak pas abes sekolah, sambung belajar. Konon-konon nak belajar sampai menara gading. Tapi tak sempat sampai pun, sampai Alor Gajah jer....Kesian aku.
Tak sangka diam tak diam kita da selalu berhubung. Tapi kita tetap dengan haluan sendiri. Kau pun da ramai girlfriend kot. Aku pun ramai boyfriend, tp aku tak sempat nak feeling2, tak mau terlibat dengan cintan cintun ni mase aku tengah study sebab aku nak fokus study. Study, study, study sampai la aku boring..
Kau mesti tak boring cam akukan? Ape tak nye jadi mat rempit da kau. Nasib baik kau excident, kalau tak mesti kau jadi mat rempit tegari. Kesian kau kene tinggal dalam wad lama2. Tapi kau suka kan? Ramai nurse-nurse cantikkan?
Masa akau tau kau excident aku rasa takut sangat. Takut jadi pape kat kau. Hari-hari aku jenguk kau kat spital. Haish...baiknye la aku ni.. Dalam sakit-sakit tu pun kau sempat perli aku kan? Kau ingat aku datang melawat kau hari-hari tu sebab aku sayang kau ker? Eeee...tolong la.
Kehidupan kita berjalan seperti biasa kembali. KAu dengan hal kau, dan aku dengan hal aku. Sehinggalah di semester terakhir, kau meluahkan rasa kat aku. Kau sayang aku? Kau cinta aku? Betul ker ni? Susah aku nak percaya. Berjam-jam kau explain kat aku tentang perasaan kau sampai penat aku pikir hal tu. Camana dengan azam aku tu..? Dalam masa yang sama aku da mula sayang kau, sejak bila? Ntahla....
Keputusannya, KITA COUPLE sehingga lah sekarang. Bahagia? Mestila...
Da tiga tahun kita bersama. Macam-macam da kita lalui sebagai couple. Daripada aku tak belajar, aku da kerja, daripada naik motor buruk da jadi 125z, daripada naik bas da berkereta. Hujan panas, pasang surut kita da lalui. Parent kau kenal aku, parent aku kenal kau?
So, BILA NAK KAWEN NI?
Blogger In Da House : Khas Blogger Baru
Berblogging da lama..
Tapi tulisanku tak sehebat mana.....
Ingin cari kawan blog satu Malaysia.....
Mungkin inilah caranya......
Credit to Mr Ben Ashaari
Smileiscure nama halaman....
Pelbagai perkara boleh dibincangkan
Wahai blogger-blogger sekalian,
Followlah saya dan menjadi rakan....
=)
Mr. Ben Ashaari tunjuk cara mudah,
Caranya senang tengoklah di bawah......
1. Letak banner Mr. Ben seperti di atas.
2. Letak tajuk post : BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BLOGGER BARU
3. Ceritakan latar belakang blog anda.
4. Capy & paste kan url blog anda di bawah entry BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BLOGGER BARU dalam erti kata lain kat ruangan komen tu...
Happy Blogging, Happy Networking friends!!!
Friday, November 19, 2010
Tulang Rapuh...Ahhh tidak......
Pernah anda terfikir tentang kesihatan tulang anda? Pernahkah anda pergi periksa tulang anda?Tentu tidakkan? Kalau ya, bagusla. Sekurang-kurangnya kita tahu keadaan tulang kita.
Saya sendiri tak pernah terfikir tentang hal tu, sehinggalah tadi ketika window shopping, ada promoter Anlene yang sedang buat promosi serta menawarkan pemeriksaan tulang secara percuma. So, saya pun pergi. Keputusannya amat mengejutkan, kesihatan tulang saya di tahap risiko sederhana.
Itu tak sepatutnya berlaku bagi mereka yang berumur di awal 20-an. Dalam penerangan ringkas dari promoter tersebut, punca tulang saya menjadi begitu adalah kerana saya peminat minuman berkafien seperti kopi dan teh.
Nasihatnya, had kan minuman berkafien di samping pengambilan susu berkalsium tinggi seperti Anlene(ceh...promote lak). Untuk hasil yang berkesan, jarak antara pengambilan susu dan minuman berkafien adalah selama 3 jam. Ini memastikan penyerapan kalsium berlaku.
Untuk memastikan tulang kita sihat amalkan:
- Senaman- Amalkan senaman seperti berjalan, berlari, melompat tali,aerobik, menari untuk menjadikan tulang semakin kuat.
- Elakkan merokok.
- Jangan mengambil alkohol
- Kurangkan kafien.
- Diet seimbang,khususnya nutrien untuk tulang seperti Kalsium, Vitamin D, Protien, Magnesium dan Zink.
Cara yang termudah adalah dengan meminum susu. Tak semestinya susu Anlene ye. Mungkin ada sesetengah dari kita yang tak boleh minum susu, so carilah alternatif lain untuk memastikan kesihatan tulang kita yang penting susu yang tinggi kalsium.
Jaga kesihatan sekarang supaya kesihatan hari esok terjamin.
Wednesday, November 17, 2010
Salam Aidiladha
Salam Aidiladha buat semua rakan-rakan dan pelawat blog smile is cure.
Semoga kita dapat menghayati erti sebenar Aidiladha.
Thursday, November 11, 2010
Kerja Goverment vs Kerja Swasta
Apa bezanya kerja kerajaan ngan kerja swasta? Hmm....Boleh dikatakan banyak juga bezanya. Skop kerja, kemudahan seperti cuti, perubatan, elaun2 dan macam2 lagi. Jadi saya nak kongsikan dengan anda tentang beza kerja government ngan swasta ni mengikut kaca mata saya.
Secara kasarnya ramai yang ingin bekerja dengan kerajaan kerana kestabilan kewangan selain skim berpencen yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi semasa yang boleh dikatakan masih terumbang ambing sektor kerajaan merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan kita dari dibuang kerja atau tidak mempunyai apa-apa income suatu masa nanti. Tidak dinafikan ada juga syarikat-syarikat swasta mempunyai kewangan yang stabil dek kerana suntikan modalnya yang tinggi, dan mempunyai cawangan dan anak syarikat yang banyak. Bekerja di syarikat sebegini juga dapat menjamin masa depan.
Jadual di bawah ni menunjukkan perbezaan kerja kerajaan ngan swasta.
* Di atas hanyalah bayangan kasar yang mungkin tidak terjadi lagi di mana-mana tempat. Peace!!
Perbezaan di atas ni mengikut kaca mata saya dan sedikit pengalaman peribadi dan kawan-kawan.Jika anda berminat berkerja dengan kerajaan, janganla takut dengan kelemahan yang dinyatakan kerana tidak semua jabatan akan merasa keburukan tersebut begitu juga dengan sebaliknya.
Sektor kerajaan kini sedang mengalami transformasi seperti saranan PM kita. Banyak pembaharuan dari macam-macam segi seperti tempat kerja, kelebihan-kelebihan untuk pekerja, cara kerja termasuk mentaliti penjawat awam sendiri. Perubahan ini secara tak langsung membawa imej sektor awam lebih berdaya saing berbanding sebelumnya.
Begitu juga halnya dengan sektor swasta, yang mana kebanyakkan dari mereka telah memberikan kemudahan-kemudahan seperti penjawat amam terima. Antaranya cuti tahunan, elaun-elaun tambahan, kemudahan pinjaman, caruman KWSP dsb. Ada syarikat swasta yang menawarkan peluang kerja dengan kemudahan dan kelebihan yang lebih masyuk daripada kerja kerajaan sekarang ini. Cuma kestabilan untuk jangka masa panjang yang menjadi tanda tanya.
Jika anda perasan orientasi keuntungan syarikat saya letakkan di kedua-dua kolum kelebihan dan kelemahan kerja swasta. Kebaikannya adalah ia menggalakan pekerjanya lebih berdaya saing, maju, cekap dalam memastikan keuntungan syarikat. Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak kepada pekerjanya. Sebaliknya, jika pekerja-pekerjanya kurang berdaya saing maka syarikat tersebut bakal mempunyai masalah pada masa hadapan.
Kesimpulannya,keseronokan berkerja ada di mana-mana. Walaupun anda bekerja di sektor awam mahupun swasta kerana ianya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting di mana juga kita berkerja, buatlah yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.
P/S: Cari pengalaman dengan bekerja swasta, cari kestabilan dengan bekerja kerajaan.
Harus Pakai Baju Kurung ketika interview kerja kerajaan dan 1 advantage ketika interview kerja swasta. Jom tempah Baju Kurung Di Sini.
Secara kasarnya ramai yang ingin bekerja dengan kerajaan kerana kestabilan kewangan selain skim berpencen yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi semasa yang boleh dikatakan masih terumbang ambing sektor kerajaan merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan kita dari dibuang kerja atau tidak mempunyai apa-apa income suatu masa nanti. Tidak dinafikan ada juga syarikat-syarikat swasta mempunyai kewangan yang stabil dek kerana suntikan modalnya yang tinggi, dan mempunyai cawangan dan anak syarikat yang banyak. Bekerja di syarikat sebegini juga dapat menjamin masa depan.
Jadual di bawah ni menunjukkan perbezaan kerja kerajaan ngan swasta.
Kerja Kerajaan
|
Kerja Swasta
| ||
Kebaikan
|
Kelemahan
|
Kebaikan
|
Kelemahan
|
· Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
· Kenaikan gaji setiap tahun
· Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
· Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
· Caruman KWSP atau pencen
· Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
· Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
· Kestabilan ekonomi sendiri
· Potensi dibuang kerja amat tipis
· Kerja yang lebih tenang dan selesa
|
· Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
· Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
· Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
· Gaji pokok yang kecil
· Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
. Posting jauh dari tempat tinggal |
· Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
· Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
· Gaji pokok yang tinggi
· Berorientasikan keuntungan syarikat
· Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
· Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa di mengikut kelayakan
· Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
. Ruang kerja yang kondusif |
· Potensi dibuang kerja tinggi
· Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
· Masa depan tidak terjamin
. Boleh pilih kerja |
Perbezaan di atas ni mengikut kaca mata saya dan sedikit pengalaman peribadi dan kawan-kawan.Jika anda berminat berkerja dengan kerajaan, janganla takut dengan kelemahan yang dinyatakan kerana tidak semua jabatan akan merasa keburukan tersebut begitu juga dengan sebaliknya.
Sektor kerajaan kini sedang mengalami transformasi seperti saranan PM kita. Banyak pembaharuan dari macam-macam segi seperti tempat kerja, kelebihan-kelebihan untuk pekerja, cara kerja termasuk mentaliti penjawat awam sendiri. Perubahan ini secara tak langsung membawa imej sektor awam lebih berdaya saing berbanding sebelumnya.
Begitu juga halnya dengan sektor swasta, yang mana kebanyakkan dari mereka telah memberikan kemudahan-kemudahan seperti penjawat amam terima. Antaranya cuti tahunan, elaun-elaun tambahan, kemudahan pinjaman, caruman KWSP dsb. Ada syarikat swasta yang menawarkan peluang kerja dengan kemudahan dan kelebihan yang lebih masyuk daripada kerja kerajaan sekarang ini. Cuma kestabilan untuk jangka masa panjang yang menjadi tanda tanya.
Jika anda perasan orientasi keuntungan syarikat saya letakkan di kedua-dua kolum kelebihan dan kelemahan kerja swasta. Kebaikannya adalah ia menggalakan pekerjanya lebih berdaya saing, maju, cekap dalam memastikan keuntungan syarikat. Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak kepada pekerjanya. Sebaliknya, jika pekerja-pekerjanya kurang berdaya saing maka syarikat tersebut bakal mempunyai masalah pada masa hadapan.
Kesimpulannya,keseronokan berkerja ada di mana-mana. Walaupun anda bekerja di sektor awam mahupun swasta kerana ianya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting di mana juga kita berkerja, buatlah yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.
P/S: Cari pengalaman dengan bekerja swasta, cari kestabilan dengan bekerja kerajaan.
Harus Pakai Baju Kurung ketika interview kerja kerajaan dan 1 advantage ketika interview kerja swasta. Jom tempah Baju Kurung Di Sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)