Monday, December 6, 2010

Jom Buat Resume

Salam Awal Muharam buat semua....


Anda mungkin baru habis belajar dan ingin mencari kerja, atau anda da lama berkerja da bosan nak cari kerja lain. 


Apa yang perlu anda lakukan?


1. Cari kerja kosong.


Kat mana nak cari? Antaranya Jobs Malaysia, SPA, Surat Khabar, Majalah, Internet.
Tapi mungkin semua tempat yang ada kekosongan tu jauh dari tempat anda, atau anda tidak berkenan dengan kerja yang ditawarkan atau kelayakan anda tidak menepati kehendak kekosongan tersebut.


Jadi camana nak dapat kerja ni?
Tahukan anda perkara pertama yang majikan lihat adalah resume pemohon. Dalam erti kata yang mudah untuk tawan hati majikan adalah dengan resume yang menarik.




2. Resume


A. Isi Kandungan


i. Lengkap dengan biodata peribadi anda seperti nama penuh, alamat, no telefon, tarikh lahir dll. Tidak meleret2 dengan biodata adik beradik sekali ye...!
ii. Latar belakang pelajaran, Kalau boleh tiga level yang tertinggi jer. Cthnya kalau ada degree start dr SPM, Diploma, Degree, kalau ada SPM jer, bolehla masukkan PMR & UPSR sekali. Tapi buat seringkas yang boleh. Yang wajib letak adalah SPM
iii. Aktiviti masa sekolah, universiti, dan luar. Letak dalam susunan jangan berterabur.
iv. Pengalaman berkerja. Kalau tak de pengalaman cam freshie tu tukarla masa belajar dulu belajar ape.Letak yang berkaitan dengan kerja yang diminta jer. Takkan la sampai berpuluh-puluh subjek nak letak jugak dalam tu.
v. Kemahiran seperti komputer, tukang, elektronik tau apa2 sahaja kemahiran.
vi. Kemahiran bahasa
vii. Reference atau dalam Bahasa Melayu nya rujukan. Kena letakla, tp tak wajib sebab nak tunjuk kat majikan kita tu kita ada sokongan.


B. Format resume


i. Tulisan, font la kalau guna komputer. Font yang sesuai, selalunya orang guna Arial, tp tak kisahlah nak pakai font ape janji majikan boleh baca. Tak payah guna font berpuntal-puntal pulak walaupun boleh dibaca. Saiz font sedang2 jer.
ii. Gambar. Gambar saiz ic. Bukan gabar posing kecuali nak mintak kerja jadi model.
iii. Kemas. Bezakan mana tajuk, dengan boldkan. Letak numbering atau bullet pada kesesuaian.
iv. Bahasa. Gunakan satu bahasa sahaja. Kalau nak market lebih gunalah bahasa Inggeris tapi jangan broken plak dan jangan rojak macam dalam entry ni. Hehehe...
v. Muka surat. Biar sikit tapi lengkap. Jangan buat cam buku lak. Boring majikan nak baca.
v. Last sekali semak balik resume anda. Pastikan:
          a. KEMAS
          b. SIMPLE
          c. TERSUSUN


C. Cover Letter
Nak lagi best buatla cover letter. Dalam tu baru tu lis kenapa nak kerja kat company tu, gaji diminta. cter detail sket la dengan ayat2 untuk marketkan diri anda.


3. Hantar resume yang telh siap kepada company yang mempunyai kekosongan atau nak hantar ke company yang anda minat nak kerja td...


Nak tengok contoh resume.
 


Jadikan Muharam ini langkah pertama menuju kejayaan.

Ingat, bagi yang wanita kalau memakai Baju Kurung ketika interview itu satu advantage. Jom Tempah Online DI SINI




The Resume Handbook: How to Write Outstanding Resumes and Cover Letters for Every Situation



1 comment:

nazzue said...

Berapa upah kalo nak suruh wat resume saya erk?? ~ahaks~

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...