Salam Semua...
Start hari ini dan seterusnya Smile Is cure nak share cerita kahwin ni... Ahaha.. Yupp... Smile Is Cure nak kawen da... InsyaAllah
Bukan ape, sekurang2nya dapat membantu bakal2 mempelai utk membuat persiapan jugak berdasarkan cerita saya ni... Yang baik boleh diikut,yang tak baik tu boleh ditinggalkan... Wat pedoman bersama..hehe...
Dalam masa yang sama memerlukan pandangan dan pendapat from my invisible friends jgk...
Sharing Is Caring....
Tuesday, November 29, 2011
Tuesday, November 22, 2011
4 Bulan Sebelum Kahwin
Tak sabar nak melalui hari tu... Bunyi cam gatal lak kan..? hehe... Xsabar da nak menghadapi dugaan bertunang ni lama2... Betul2 banyak dugaannya..
Tapi nak kawen tak ready lagi ni... Ape nak wat dulu ek?? Tolong...tolong.....
Tapi nak kawen tak ready lagi ni... Ape nak wat dulu ek?? Tolong...tolong.....
Saturday, November 19, 2011
Cerita Kongkang
Korang tau tak kongkang ni ape? Kongkang ni kiranya cam monyet jugak pandai panjat pokok. Tengok gambar ni…
Pada zaman dahulu, kongkang ni dikira macam seekor haiwan yang baik hati dan paling comel di antara kaum kerabat dan geng-gengnya seperti monyet,kera,beruk,chipanzi dan seumpamanya. Dulu kongkang ni berekor panjang macam kartun marsupilami tu.
Jadi pada suatu hari tu,geng-geng kongkang ni cam kera,monyet, chipanzi, orang utan buat satu pertandingan ratu cantik. Syarat2 untuk menjadi pemenang perlu berwajah chomel, susuk tubuh menarik dan berekor panjang. Jurinya pula sudah tentulah sang kancil yang bijaksana.
Maka berjalanlah pertandingan tersebut. Kongkang Berjaya menjadi juara. Ini mendatangkan kejelesan kepada peserta yang lain. Memandangkan perangai kawan-kawan kongkang ni tak tahu malu jadi mereka menyuarakan perasaan jelesnya kepada kongkang.
“Ala..u memangla boleh jadi juara sebab ekor u panjang, kalau ikutkan I ni lagi sesuai jadi juara memandangkan badan I yang seksi dan solid ni.” Ujar Chipanzi.
“Cuba U all tgk I pulak. Ape kurangnya I ni,muka I ni ada iras-iras Kak Limah yang kita curi buah rambutannya tu. Kak limah tu menten je jadi juara ratu kebaya kat kampong die tiap2 tahun, takkan la aku tak layak..?” tambah Orang Utan pulak.
“Kang (nama timbangan untuk kongkang), u menang sebab ekor u jer.. Cube u sharekan ekor u yang panjang tu dengan we all. Barula adil. Next year baru tau sapa yang betol2 ratu” kata si Kera pula.
Kongkang yang baik hati ni pun bersetujula dengan cadangan rakanya tu.. Maka dia pun bagi la sorang sikit ekor die tu.. Kera dpt sejengkal,monyet dapat sejengkal,Orang utan sejengkal, semua dapat sejengkal… bila semua da dapat diorang pun balik… Kongkang pun balek..
Sampai kt umah, kongkang pun berdiri di depan cermin.. Alangkah terkejutnya die,bila die tgk die sendiri da takde ekor langsung….
Keesokan harinya die pergi la lepak dengan kawan2nya kat pokok rambutan Kak Limah.. Geng2 dia pun pakat gelakkan kongkang.. Di sebabkan malu dan jauh hati kongkang pun masukla dalam hutan banat… Menjauhkan dari kawan2nya.. Sebab tu la kongkang ni jarang dilihat kt mana2…
Jom Pakai Baju Kurung. Tempah Online pun Boleh.. KLIK SINI
Friday, November 18, 2011
Berita Harian Online | Piranha gigit 15 perenang
Berita Harian Online | Piranha gigit 15 perenang
Spesies maging mengganas di Brazil
SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.
Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.
“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.
Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.
Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi
SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.
Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.
“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.
Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.
Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi
Hantu vs Kiamat
"Pada suatu hari Husin (hero dalam Hantu Kak
Limah) pulang ke kampung halaman nya,i.e Kampung Pisang. Husin menggunakan
khidmat Bumble Bee untuk menghantarnya pulang. Untuk pulang ke kampung dia
terpaksa melalui Jalan Karak lama yang sunyi dan seram. Setibanya di kampung, Pak Jabit menceritakan kampung mereka akan di musnahkan
oleh makhluk asing jika mereka tidak bekerja sama dengan makhluk asing ini…
Dapatkah Husin menyelamatkan Kampung Pisang?
Siapakah yang akan membantu Husin? Adakah budak hijau berkepala botak a.k.a
toyol? Atau X-men? Atau gadis cantik yg
telah mati ketika membonceng motor bersama Mat Rempit? Atau geng robot yang
boleh berkata2? Nantikan kemunculan filem ini ye…"
Haha..tu cerita kalau saya lah
pengarahnya.. Perasan x korang sejak dua menjak ni filem kat Malaysia banyak
menayangkan cerita seram,misteri atau dalam bahasa senangnye cter hantu… Tambahan
pulak sekarang ni cerita hantu da ade unsur2 lawak, bertambah-tambahla cerita
hantu kt wayang…ade seram thriller la,seram komedi, seram ganas, seram
misteri,seram fiction, seram romantic(ade ker)…
Yang menjadi penggalak kepada lambakan
cerita camni kerana boleh dikatakan kebanyakan filem seram ni membawa pulangan
yang banyak pada pengusaha filem… Jadi filem box office lak tu.. Macam cerita Khurafat,
Ngangkung, Hantu Kak Limah, Hantu Bonceng dan macam-macam lagila..
Berbeza pula ceritanya dengan filem luar
Negara terutamanya cerita omputeh… Kalau korang perasan sekarang ni banyak
filem diorg berkaitan dengan dunia nak hancurla,alien nk jajah bumi la pendek cerita
mcm cerita hari kiamat gitu (Wallahua’lam)… Macam je, sebab pembuat filem tu
org barat yang agamanya kita tak tahu… Tapi yang bestnya idea diorg ni tentang
perkara2 luar jangka ni sangat hebat..
Ape persamaan antara cerita mereka ni?
Dua2nya menceritakan tentang perkara ghaib… Orang kita menceritakan perkara ghaib yang agak
modern less, sorry to say membawa kepada kemunduran fikiran dan membawa kita
berfikir seperti zaman dahulu kala.. Ia membawa kita kembali percaya kepada
kewujudan ritual pemujaan dan kepercayaan terhadap animism seperti wujudnya
semangat2 jahat dan sebagainya.
Berbeza pula dengan cerita luar Negara yang
lebih membawa idea ke hadapan dalam filem2 mereka. Walaupun pada dasarnya
seolah2 tidak logik,tetapi secara
kebetulannya idea mereka itu merangsang kita berfikir tentang kelogikan cerita
tersebut.. Sekarang mereka lebih lantang dan berani membuat cerita sehingga
bermain fakta dan sejarah… Sebagai
contoh cerita 2012, Battle L.A World Invasion, Transformers dan Immortal dan
banyak lagi..
Percaya atau tak tahun hadapan filem
Malaysia akan ade lambakan cerita seram, dan filem luar Negara pula banyaknye
cerita science fiction tentang kerosakan dan kehancuran dunia… inilah fenomena industri perfileman negara dan luar negara sekarang mengikut kaca mata caya... Pape
pun,terpulang pada diri sendiri… Dalam keburukan, ada kebaikan…
Cerita ape nak kuar tahun depan…? Tunggu
entry seterusnya…
P/S: Entry ni bukan untuk mengutuk mengata
atau bersikap skeptical terhadap filem2 kita mahupun luar Negara sebab saya
memang peminat dua2 genre file ni…=)
Wednesday, November 16, 2011
Aku Nak Jadi Bos Jugak
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Jadi Bos Boleh Marah Suke Hati....
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Jadi Bos Boleh Suruh Orang Buat
Kerja Suke Hati....
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Jadi Bos Boleh Makan Percuma
Sedap2 Kat Tempat Mahal Dan Ada Orang Hidangkan....
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Kalau Buat Salah Boleh Salahkan
Staff Tak Tau Buat Kerja...
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Opis Aku Cantik,Kerusi Empuk
Meja Besar Walaupun Hanya Sekeping Kertas Kat Atas Meja....
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Kerja Aku Boleh Pass Kat
Pekerja Aku Untuk Selesaikan...
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Aku Boleh Suruh Pekerja Aku
Cari Idea Best2, Dalam Mesyuarat Nanti Aku Yang Dapat Nama...
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Kalau Aku Duduk Goyang Kaki
Orang Lain Akan Anggap Aku Tengah Brainstorming...
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Aku Boleh Guna Driver, Gune
Kereta Besar, Dapat Rumah Besar Yang Di Sponsor Syarikat....
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Semua Orang Berlumba-Lumba Nak
Dekat Ngan Aku, Nak Tolong Aku Walaupun
Aku Tak Mintak Semua Tu....
Aku Nak Jadi Bos Jugak Sebab Aku Boleh Buat Suke Hati Aku
Sebab Aku La Bos.......huahuahua....^_^
Berbulan Tanpa Berita
Salam buat semua yang sudi singgah ke blog sy... Terima
Kasih banyak-banyak diucapkan kepada anda semua..
Sedih sebenarnya bila diri sendiri pun tak jenguk blog sendiri…
Kenapa? Ahh… Soalan ‘kenapa’ hanya
membuat semua orang mencari alasan…
Teringat pulak kes my LOVELY bos,dia memang tak suka orang
yang banyak alasan… Tapi kalau bos tanya ‘kenapa’ secara logik dan spontannya
kita akan bagi alasan… Jadi kalau anda di tempat tersebut ape yang anda akan
buat?????
Subscribe to:
Posts (Atom)