Wednesday, January 5, 2011

Tukar Template

Tak penah puas ngan template sedia ada. Rasanya da hampir 5 kali tukar template dalam masa tiga bulan. Macam tak de pendirian pulak. Tapi biasa la, manusia tak pernah puas ye tak? Mungkin pasni nak stick dgn satu ni jer.. Iyo lah tu..




Penting sangat ker template yang menarik? Pada saya ianya penting, bukan kepada pembaca sahaja tetapi kepada blogger itu sendiri. Supaya kita tidak bosan melihat blog kita, dan semoga pembaca juga berminat dan tetarik untuk melawat dan membaca blog kita.


Kepada mereka yang tidak pandai mengubah template atau membuat template sendiri seperti saya, tetapi sangat suka akan template yang cantik menarik, di sini ada beberapa langkah ringkas yang saya nak share kepada anda. 


Untuk kesesuaian design template selalunya kita menggunakan template design dari blogspot sendiri. Walau bagamanapun, pilihan2 yang disediakan tidak banyak dan menarik (dari kaca mataku). Tapi jika pandai pilih, pandai padankan warna dll ianya boleh menjadi cantik.


Selalunya saya akan pergi ke website ni BTemplates untuk tengok template2 blog yang cantik2. Kemudian pilih mane2 template yang menarik, klik di butang download dan tunggu sampai fail habis di download. Selalunya fail yang kita download ini berbentuk folder zip. Jadi buka dulu folder tersebut, kemudian copy fail xml dan paste di tempat yang mudah dicari.


Buka dashboard blogspot anda, klik di tab Design. Di page design cari tab Edit HTML dan klik di situ. Cari pula butang Choose File dan Upload. Klik Choose File dulu kemudian cari fail xml anda tadi. Apabila jumpa, klik pula butang Upload. Kemudian semua template anda akan berubah. Jika anda ada widget, save widget anda dahulu. Dan template anda telah berjaya ditukarkan. 


Tetapi potensi untuk berubah lokasi widget, saiz widget juga adalah besar. Pastu kena la pandai2 ubah. Huhuhu..


Macam blog saya, banyak lagi yang kena ubah.. Sebab banyak yang lari2.. Tapi tak pe, janji puas. Saya pun banyak yang kena pelajari. Jadi banyakkan membaca. Daaaa...


P/S: Secebis idea dikongsikan kepada anda yang tidak mengetahui. Jika anda lebih terror dari saya anggaplah coretan ini sekadar bahan bacaan ringan. Hehehe.. Sekadar menyampaikan ilmu setitis.





Tuesday, January 4, 2011

Aduh Sakit Tekak

Perit betul rasa tekak. Nak buat ape ni? Strepsil da makan, panadol pun da telan. Tak nak sakit. =(
    Panadol TabletsStrepsils Orange with Vitamin C 100mg 36 Lozenges


Betul kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi walaupun menjaga kesihatan sakit tetap datang. Dugaan.


Cepatla sihat. tak nak sakit lama2.


Saya Ingin Menonton Filem Faster






Dah lama tak tengok The Rock (Dwayne Johnson) belakon selepas cerita The Tooth Fairy. Itu pun dia membawa watak yang lebih lembut  berbanding dengan filem ini. So tak nak lepaskan peluang untuk cerita Faster yang bergenre aksi ini. 


Faster menceritakan tentang Driver (Dwayne Johnson)  mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Setelah dibebaskan, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara (Billy Bob Thornton)  dan seorang lagi pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen) . Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap.


Cerita yang turut membawa mesej kasih sayang, kekeluargaan, selain aksi-aksi yang mencabar membuatkan keterujaan untuk menonton filem ini. Seperti tajuknya 'Faster' pasti ceritanya memberi kepantasan dalam setiap plot2 dalam filem ini, adegan kejar mengejar, tembak menembak, gaduh dan selingan plot kasih sayang pasti membuahkan kepuasan apabila menontonnya. Sama-sama kita nantikan cerita ini yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. 


Jom pakat tengok...!



Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...