Tuesday, May 17, 2011

Tandatangan Menggambarkan Anda...

Orang kata tulisan menggambar keperibadian. Sejauh mana kebenaran tu saya tak pasti. So hari ni nak kongsi ngan kawan2 tentang sign @ tandatangan. Ada maksud jugak tau. Pe kate korang cek, boleh jugak describe bos korang puye sign skali, sekurang2nye boleh taula perangai bos kita sebenarnye camane…

pen bergerak

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan 
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.


2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. Mudah bertukar pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.


3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.


4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kedekut.


5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan 
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.


6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan 
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berpikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. Golongan ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.


7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung 
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.


8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama 
Mereka sangat baik hati dan bisa menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.




Wednesday, May 11, 2011

Terbaeeekk: Fast Five Sinopsis

Best giler... Keluar panggung dengan perasaan puas... Pastu bawak kereta pun cam nak lumba jugak...(Aissh..jangan wat hal..ikuti had laju yang ditetapkan)


Nak citer sikit la pasal Fast Five ni, citer die bermula dengan excident bas yg membawa Dom (ingat tak citer sebelum ni, Dom kena tangkap and kena hukum penjara tu) So tu la mulanya, citer ni..Brian ngan Mia adik Dom g wat bas yang bawa penjenayah2 termasuk Dom ni excident.. Dom terselamat dan melarikan diri. Diorang ni jadi orang yang dikehendaki la.. Tu yang membuatkan diorang terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di merata2 tempat.. 


Brian dan Mia akhirnya singgah di Rio kerana ada kenalan Dom di sana.. Demi mendapatkan kebebasan mereka menyertai  satu tugas bahaya tetapi menjanjikan pulangan yang banyak..  Mereka merompak kereta mewah dari kereta api yang sedang bergerak, haa..time tu korang boleh tengok how furious they are... 


Tapi disebalik rompakan tersebut, rupa2nya ada udang di sebalik batu.. Dom, Brian &  Mia berdepan dengan dua musuh sekali gus, yaitu federal agent yang di ketuai oleh Hobbs (Dwayne Johnson) and ahli2 kongsi gelap.


Hoob memang dikenali sebagai agent yang sangat cekap dan tak pernah gagal, dia ditugaskan untuk menangkap Dom, Brian & Mia.. Dalam masa yang sama kumpulan kongsi gelap yang di ketuai oleh Reyyes memburu mereka kerana mereka melarikan kereta  yang mempunyai data2 rahsia mereka.


Di dalam data tersebut menunjukkan simpanan duit kumpulan kongsi gelap ni yang berjumlah berjuta2.. Brian, Mia & Dom dapat tau tentang hal tu.. Mereka pun merancang untuk mendapatkan duit2 tersebut untuk membeli kebebasan yang diinginkan.. Mereka bekerja sama dengan kawan2 mereka yang mempunyai kepakaran sendiri untuk mendapatkan duit tersebut.




Apa yang bestnya anda boleh saksikan kesempurnaan perancangan mereka untuk merompak duit tersebutwalaupun ada gangguan yang tak diingini berlaku.. Ape yang bestnya lagi dalam citer ni kompemla pasal kereta2 canggih, sound effect yang superb, aksi2 yang lumba kereta yang tak masuk akal...Memang terbaekk la...


Nak tau lebih lanjut tengokla sendiri... Sy citer atas kefahaman sy setelah menonton cerita ini..



Fast Five vs Kongsi Vs Pirate of Caribean

Hai kawan2...


Awal tahun hari tu da citer pasal citer ape nak tengok...Tak tau citer ape nak tengok? Ha...klik balik kat sini.... La ni citer2 best semua da kuar... Pe lagi beratur la pi beli tiket.. hahaha...




Bulan ni jer da nampak lambakan movie2 best kat pawagam... Bukan cerita luar negara yang best2 je ditayangkan sekarang ni, cerita tempatan pun banyak memberi saingan...


Antara cerita best yang diyangkan dalam bulan ni adalah; Fast Five (sedang ditayangkan) Kongsi (esok, 12.5.2011) Pirate of Caribean-On Stranger Tide (19.5.2011) Nurkasih The Movie (19.5.2011) Kungfu Panda- Kaboom of  Doom(26.5.2011) dan Karak (26.5.2011)..


Yang tersenarai tu cerita yang banyak meniti di bibir2 kaki2 wayanglah...tapi yang akan di tayangkan di pawagam untuk bulan Mei ini saja mencecah 32 cerita...


Kena bajet awal untuk menonton cerita kegemaran anda... 


C U I C (see u in cinema) 


     TGV

Friday, May 6, 2011

Ku Terima Perpisahan Ini

Sob...sob...sob.... sedih lak tajuk kali ni... Hahaha.. Saja nak kongsi lagu dengan kawan-kawan... Saya suka layan lagu ni sebab, lagu dia best...

Lagu ni lah lagu perpisahan yang berunsurkan positif...

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan.mp3

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah, ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini..

Dulu kita satu jiwa satu impian,
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin aku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima
Perpisahan ini

Perpisahan yang tak terduga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri


Dulu kita satu jiwa satu impian,
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin aku memiliki lebih dari itu

Thursday, May 5, 2011

Cerita Perkahwinan

Orang kata "Tok sahla berangan kalau duit tak de 30,000 dalam tangan... Jangan mimpila nak kawen.. Ingat kawen ni macam main pondok2 cam zaman dulu kala kah?? Sorryla abang kakak, pakcik makcik.... Hentikanla angan2 tu..."


Abes tu tak payah kawenla... Ingat senang ker nak kumpul duit banyak tu sekarang ni... Gaji pun cukup2 makan tu pun kadang2 terpaksa makan meggi, lagi2 ujung bulan... Gaji bukan beribu2 dollar, berjuta2 rupiah tu adalah... Kerja memanglah gempak, kerja kat bandaraya, nak sebut memang bangga, tapi jawatan?  gaji camane? Tak terluah depan mak ayah... Sebab tak nak diorang hampa... Nak kerja pun ada kos, kena fikir minyak kereta, tambang bas, atau LRT.. Belum masuk makan dan minum...


Perkahwinan bukan pengakhiran kehiduan tetapi baru pemulaan. Ramai orang simpan duit untuk majlis perkahwinan tetapi bukan simpan duit untuk masa depan sedangkan kehidupan selepas perkahwinan yang harus dititik beratkan.


Kita da dibiasakan dengan kenduri besar-besaran untuk majlis perkahwinan sejak dulu lagi... Cuma dulu kos untuk majlis itu tak sebesar sekarang kerana diusahakan secara gotong royong oleh orang kampung, dari penyediaan khemah, masakan,pelamin dan macam2 lagi... Tak macam sekarang semuanya kena ada duit, kalau tak tak jalan la majlis...


Dek kerana itu lah jadi kes macam dalam paper semalam, lelaki mintak tebusan dari tunang sendiri.. Patut ker? Tak patut2... Nak mintak depan2 malu la... Ye tak? Karang apa lak kata bakal mertua..


Hmmm....Kalau di pikir2 sampai mati pun susah nak kawen... Yang penting berusaha menuju ke arah itu... Bak kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana... Yang susah pun jadi senang... Allah pun menjanjikan rezeki pada perkahwinan itu sendiri... InsyaAllah...



Wednesday, May 4, 2011

Malas Nak Menulis, Boleh Jadi Blogger Ker?

Haiissshhh.... Sebulan satu post jer? Sikit betul, tak layak jadi blogger.. Setakat buat sebab orang lain ada,tak payahla...


Uish...ayat tu cam perli diri sendiri jer...huhuhu...Memang ye pun...n Ayat tu memang menjurus pada diri sendiri... Ahakz..  


Camane saya nak create post kalau internet takde...? Tapi itu bukan masalahnya... Banyak cara nak publish post kat blog ni betul tak? Kalau komputer tak de internet, handphone pun boleh, yang penting handphone canggihla ada aplikasi internet paling kurang...


Masalahnya, camana nak jadi blogger tegar? Sentiasa menulis walaupun sibuk, tak de masa, tengah tensen dan macam2 masalah dalaman la... Camane nak keluar dari masalah tu? Idea ada tp bila sampai depan komputer, pandang keyboard terus ilang idea tu.... Masa berangan punyalah panjang idea, berjela2....Cam sedap jer ayat masa berangan, tapi bila nak ditulis jer, rase pincanglah, rase tak sedapla...


Aaarrgghhh...patutkah saya berhenti???



Tuesday, May 3, 2011

Corat Coret Hari Ini

Assalamualaikum....


Lama sungguh tak menconteng kat blog saya ni. Bukan apa atas dasar nak 'mengecikkan' perbelanjaan maka terpaksa menghentikan penggunaan broadband celcom sementara waktu lalu memberi peluang kepada adik untuk menggunakannya.


Nak cerita apa ni??  Kalau baca paper hari ni carita Osama yang telah meninggal dunia menghiasi muka depan. Semua orang bercerita tentang berita ini. Ada yang percaya, ada yang tidak. Macam-macam cerita di sebalik cerita yang kita dengar. Ada yang kata itu bukan Osama, kerana bukti gambar yang ditunjuk seolah-olah di'edit'. Kewujudan Osama sendiri meragukan. Tak cukup dengan itu, cara pengebumiannya juga mendatangkan pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan pihak berkuasa sendiri.


Pelbagai andaian, persepsi, dan refleksi kita terhadap berita yang kita baca. Berita juga datang dalam pelbagai versi, ada yang betul ada yang tidak? Kita sebagai pembaca yang tak tahu cerita sebenar usahlah terlalu percaya pada mana2 berita yang tidak tentu sahihnya. Baca, dengar dan tengok untuk pengetahuan. Nilai setiap apa yang kita telah baca, lihat dan dengar tersebut sebaiknya.

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...