Tuesday, May 3, 2011

Corat Coret Hari Ini

Assalamualaikum....


Lama sungguh tak menconteng kat blog saya ni. Bukan apa atas dasar nak 'mengecikkan' perbelanjaan maka terpaksa menghentikan penggunaan broadband celcom sementara waktu lalu memberi peluang kepada adik untuk menggunakannya.


Nak cerita apa ni??  Kalau baca paper hari ni carita Osama yang telah meninggal dunia menghiasi muka depan. Semua orang bercerita tentang berita ini. Ada yang percaya, ada yang tidak. Macam-macam cerita di sebalik cerita yang kita dengar. Ada yang kata itu bukan Osama, kerana bukti gambar yang ditunjuk seolah-olah di'edit'. Kewujudan Osama sendiri meragukan. Tak cukup dengan itu, cara pengebumiannya juga mendatangkan pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan pihak berkuasa sendiri.


Pelbagai andaian, persepsi, dan refleksi kita terhadap berita yang kita baca. Berita juga datang dalam pelbagai versi, ada yang betul ada yang tidak? Kita sebagai pembaca yang tak tahu cerita sebenar usahlah terlalu percaya pada mana2 berita yang tidak tentu sahihnya. Baca, dengar dan tengok untuk pengetahuan. Nilai setiap apa yang kita telah baca, lihat dan dengar tersebut sebaiknya.

1 comment:

Unknown said...

entah2 wujud tak osama tuh?

Baca la ni sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...